Wednesday 14 November 2012

#8

Nak dicerita,
tiada cerita.
Cuma ada kebuntuan disini.

Nak jadi pensyarah,
aku tak pandai nak bersyarah.

Nak jadi cikgu,
sifat baran tak boleh jadi cikgu.
Silap hari bulan masuk surat khabar pula gara-gara baran tak menentu.

Nak jadi arkitek,
lukisan aku B tolak.

Nak jadi dokter,
aku takut darah dan geli tengok benda dalaman.

Cukup saja jadi manusia biasa buat masa sekarang.
Malas mahu fikir jauh lagi.
Nanti tertembus pula dinding aku yang sudah retak ni.