Saturday 25 May 2013

Dia.


 Pernah suatu ketika dahulu berjanji bagai nak mati takkan tinggalkan satu sama lain.Tapi sekarang,dia tinggalkan aku terkapai-kapai seorang diri untuk tiga hari.Rindu yang setebal kabus di tanah tinggi membuatkan aku menjadi separuh gila sehinggakan pada hari semalam,aku bangun seawal pagi yang mungkin semata-mata untuk menunggu kepulangan dia.Banyak pesanan daripada kawan-kawan yang bertanyakan khabar dia ke aku.Aku hanya tersenyum mengatakan dia sihat.Walhal,aku sendiri tidak tahu bagaimana keadaan dia pada ketika itu.Sehingga petang berlabuh,aku masih lagi bermuka ceria menunggu dia dan akhirnya aku dapat satu pesanan dari dia mengatakan bahawa dia rindu aku juga.Kami sempat berbalas pesan sebelum dia terus lenyap entah buat apa.Aku biarkan sahaja.Setiba malam,aku setia memengang telefon menunggu pesanan dari dia.Tetapi sehingga 11 malam,masih tiada apa-apa yang muncul di skrin telefon aku.Rupanya pagi ini dia kata dia tertidur kepenatan.Senyuman mula terukir tatkala itu.Aku mula berasa lega sedikit..

p/s:Yoyo g kem.Semalam dia balik.Harini baru dia text aku.Katanya semalam dia tertidur,penat.Tadi pula dia kata dia mahu ziarah kubur orang kampung mak dia.Terasa susah juga berhubungan dengan anak perdana menteri jawa ni :D

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan pesanan anda disini.Segala komen saya hargai :)