Monday 12 May 2014

Untuk kesayangan yang lima.

Dalam dunia ni , kau tak boleh bergantung hidup pada manusia lain. Dalam kata lain, kau harus/mesti/kena/wajib berdiri atas kaki sendiri. Jangan harapkan pagar kerana pagar akan makan padi. Jadi, kau mesti bangun, berdiri atas kaki sendiri dan yakin pada diri. Tak ada siapa boleh bantu kau selain diri kau. Macam dalam kubur nanti ? Malaikat soal kau, kawan kubur sebelah tak boleh bantu. Kau keseorangan.

Aku tengah naik gila sekarang ni. Mana tak nya , aku terlalu mengharap yang mereka tu mampu berfikir secara dewasa tapi aku terlalu over kerana hakikatnya mereka masih terlalu kecil untuk mereka berfikir luar kuota mereka.

Maaf adik. Akak cuma harapkan yang adik kemas balik lepas main. Tapi adik tak buat pun. Berjuta kali adik kata NANTI ADIK KEMAS BALIK. Tapi hakikatnya ? Semua itu dusta belaka. Akak serabut tengok bilik bersepah. Akak nak belajar dengan tenang tengah exam. Tapi adik tak faham. Akak marah sebab sayang. Akak taknak nanti kaki adik terkena mainan tu, adik terjatuh dan sakit. Tak ada benda yang mustahil dik. Apa apa pun boleh jadi. Tapi adik tak faham. Adik tak habis habis kata kat pakwe akak yang akak ni garang mcm singa, suka marah marah.

Dalam diam, aku sayang. Aku rasa, sayang tak perlu tunjuk. Cuma perlukan bukti. Tapi bukti yang aku beri ni halus tak boleh nampak pakai mata mereka. Takpa, Tuhan tau aku sayang mereka.

Yang benar,
Akak yang garang mcm singa.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan pesanan anda disini.Segala komen saya hargai :)