Friday, 31 October 2014

Perubahan kita.

Sayang, kau ingat tak ada satu hari tu kita bergaduh tentang hal yang kecil ; hal yang kecil buat kau tetapi besar buat aku ?

Kita seringkali bertengkar tentang pengorbanan masing-masing yang kononnya masing-masing tak nampak. Pada dasarnya , kau memang telah berusaha untuk memberi aku yg terbaik tetapi aku fikir sebaliknya kerana kau ini seorang yang bila kau sayang,kau tunjuk cara halus. Jadi mungkin sebab tu aku tak nampak dan akhirnya kita bergaduh.

Kita juga sering bertekak tentang cemburu aku, ego kau , mengada aku, rajuk aku yang mahu setiap masa dipujuk . Sampai satu tahap, aku berjanji untuk berubah tetapi sedikit demi sedikit. Mungkin rajuk aku mesti dikurangkan, mungkin jealous aku harus bertempat dan mungkin aku harus didik diri supaya dapat beri kau masa untuk diluangkan dgn keluarga dan sahabat handai.

Ingatkah kau, dulu kita pernah berjanji yang kita tidak akan bergaduh lagi ? Tapi kata-kata tu tak kuat untuk halang kita bertengkar dan sekarang kita tak berjanji. Aku rasa masing-masing tahu apa yang masing-masing perlu ubah untuk kekalkan hubungan ni.

Tak dinafikan, hati aku tersentuh bila kau kasi satu gambar yang mempunyai kata-kata yang buat aku makan dalam. Katanya, lelaki perlukan masa untuk diluangkan bersama kawan. Lelaki tahu perempuan memerlukan mereka tapi perempuan kena tahu mereka memerlukan masa.. Ayat selebihnya aku lupa. Bermula dari situ, aku terdetik mahu beri kau masa . Jika itu yang mampu membaiki hubungan kita ?

Alhamdulillah, selepas aku berubah, kau mula berubah dan kita tak kerap bertekak seperti selalu. Hari-hari kita sentiasa bahagia. Dan tadi kau cuba letak gambar yang aku kasi yang mungkin buat kau sentap. Sejak dari tu kau mahu bertolak ansur dgn aku. Aku bersyukur. Syg kau,moga kekal kita.

p/s : Tadi dia mahu masukkan gambar yang aku beri tetapi mungkin tiada rezeki, gambar tu dapat dimasukkan sekejap saja dgn caption " hargai mereka *senyum* " Dari situ aku mula rasa sebak dan tersenyum . Bila aku tanyakan adakah ayat tu bermaksud dia menghargai aku ? dan jawapan dia , " malu lah " .

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan pesanan anda disini.Segala komen saya hargai :)