Tuesday, 14 October 2014

Sayang,

Aku cuba untuk lelap. Tapi entah, mata tidak mahu. Katanya jangan dipaksa. Jadi aku ikutkan saja kehendaknya. Aku pusing ke kiri,melihat dinding kuning di sebelah. Akalku ligat bekerja dari tadi.

Hm.

Sayang, jika aku sudah tiada nanti, kau jaga diri ye. Jika aku tiada nanti, kau sering-sering lah jenguk aku di kubur. Doakan aku . Itu saja bekalan aku di sana nanti sayang. Jika kau tak doakan aku, nanti aku menangis kehabisan bekalan.Doakan aku ye. Jangan lupa, melawat kubur aku juga dgn mungkin kau boleh bawa bunga mawar untukku.

Sayang, aku cuba jadi baik sehinggakan kau rasa kita tidak secocok. Jadi wajarkah aku berubah jika perubahan aku nanti akan membuatkan kau rendah diri ?

Maafkan aku syg. Aku banyak susahkan kau. Banyak kasi masalah pada kau. Banyak halang kau itu ini. Aku sedang cuba untuk jadi yg terbaik buat kau. Aku harap suatu hari nanti, aku akan jadi sebahagian yg terindah dalam hidup kau. Yang terindah untuk dikenang, yang wajar untuk ditatap. Aku teringin kau hargai aku bila aku dah tiada nanti. Mungkin kau letak gambar aku di mana-mana. Bila rindu kau buka, kau tatap gambar aku dan kau kata, " seumur hidup, dia lah yg buat aku merasa paling bahagia. Dia lah yg berusaha jadi yg terbaik buat aku. "

Selamat malam sayang, aku penat . Izinkan aku berehat :)

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan pesanan anda disini.Segala komen saya hargai :)