Thursday, 28 May 2015

Buat kamu yang istimewa

Ruang fikiranku  sepi ,senyap. Tiada satu pun bunyi melainkan bunyi kipas yang mengjengkelkan . Aku menghitung hari ;

Satu..
Dua..
Tiga..

Empat..

Untuk aku tinggalkan mereka. Mereka yang aku sayang. Terutama kamu. Ya, kamu sayang. Walaupun kita sudah berjauhan tapi aku tetap rasa yang kita dekat. Dekat sangat. Kamu tak pernah jauh dari hati aku sayang.

Sayang, apa mungkin aku berubah lepas aku sambung belajar ?
Mungkinkah aku akan mengabaiknmu?
Melupakanmu ?

Inshaallah tidak . Sayang, kamu ingat lagi tak pesan kamu ke aku , "jgn lupa doakn untuk kita". Bibirku tak pernah berhenti mendoakan kita . Aku yakin bahawa Allah itu mendengar hajat kita berdua sayang . Aku yakin suatu hari nanti pasti kita akan disatukan menjadi yang halal.

Mengenali kamu adalah sesuatu yang terindah dalam hidupku . Menyayangimu adalah sesuatu yang sangat buat aku bahagia. Aku harap suatu hari nanti aku dapat memilikimu kerana memilikimu adalah satu anugerah tuhan yang paling istimewa.

Huh, sayang..
Umur aku 18 sekarang. Aku makin dewasa. Kamu juga sama . Aku harap kedewasaan kita mematangkan fikiran kita juga. Kamu adalah inspirasi buat aku.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan pesanan anda disini.Segala komen saya hargai :)