Sunday, 19 July 2015

Citarasa.

Dulu kengkawan tanya, citarasa lelaki kau macam mana ? Tak pun, apa ciri-ciri lelaki idaman kau? Dan aku taktahu nak jawab apa. Mungkin sebab masa tu aku budak lagi.

Sekarang, aku dah 18. Alhamdulillah tuhan panjangkan umur aku. Aku rasa sekarang, kalau ada yang mengajukan soalan macamtu pada aku, aku boleh jawab.

Lelaki idaman aku, lelaki yang baik hati, penyayang, tak panas baran, boleh terima perangai aku , dia menerima aku tanpa mengubah aku, peramah tapi tak over, tak anti-social, gemar makan pedas, jujur of course, boleh layan kerenah aku yang kuat merajuk, mengada and the most important things, he can be anything for me. Dia boleh jadi kawan aku, abang,dan boyfriend dalam masa yang sama, hidup berdikari, ada motif hidup, pandai bahagikan masa and duit.

Sejujurnya, selama 18 tahun aku hidup, aku pernah jadi player.So memang ramai dah laki yang aku kenal. Sampai sekarang, aku masih berkawan dengan ramai lelaki. Tapi tak pernah ada yang mcm aku nak kecuali dia. Alhamdulillah Tuhan kenalkan kami. Harap-harap ada jodoh,amin.

Dia ada semua yang aku nak. Dia dulu kalau merajuk, dia akan matikan fon seminggu. Kalau dia marah, dia akan membebel tak henti. Biasa lah, sayang kan, mestilah dia marah kalau ada benda yang tak kena. But now, he already changed. Kalau aku buat salah, dia yang minta maaf, kalau aku ada salah, dia tegur. Kalau dia merajuk, tak off fon dah, payahlah nak tengok dia merajuk dah sekarang.

Moga kekal sayang 😊

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan pesanan anda disini.Segala komen saya hargai :)