Wednesday, 19 August 2015

Slmt hari jadi syg

"Eh dah pukul 1 pagi. Kau dah wish buah hati kau ke kilah ?"

Aku geleng sambil senyum .

"La kau gaduh dgn dia ke kilah ?"

Aku geleng lagi.senyum lagi.

Aku taktahu apa yang aku rasa sekarang.
Kau duduk jelah kat tempat aku rasa apa yang aku rasa.

Sebelum 20 hb lagi aku dah siap catit tarikh penting tu kat kalender buatan sendiri. 18 Hb aku tulis tarikh penting tu besar-besar tampal kat locker. Kau bayangkan betapa excitednya aku nak sambut birthday dia walaupun aku jauh. Dah serupa hari jadi aku pulak yang aku nak sambut.

Aku dah siapkan video untuk dia time raya lagi. Banyak kali aku buat, delete,buat, buang. Kau ingat senang nak bagi yang terbaik untuk org yg teristimewa? Payah beb.

Tadi pukul 10 lebih gitu aku try call dia. Dia angkat. Dia marah aku telefon dia lewat malam. Ya allah, baru cerita yang ni air mata aku dah berderai. Allahu akbar. Kau bayangkan excited aku yang dulu over dah jadi mcm kertas yang dikonyok-konyok.

Dulu dia tak pernah marah aku call dia lewat malam. Aku call la bila pun dia gigih angkat dgn sabar. Gigih layan kerenah aku. Aku ke yang berubah? Kau taktahu betapa gembiranya aku masa call dia. senyum sampai ke telinga. Bahagia campur excited sangat nak buat wish birthday dia masuk pukul 12 tepat malam tadi.

Niat nak jadi org pertama yg wish. Hancur . Time aku call tu dekat blok kuliah tengah belajar dengan classmate yang ramai. Kau bayangkan lepas je aku kena marah, aku terus tutup buku ,letak kepala atas meja. Tak dapat tahan dah air mata. Padahal esok aku ada exam math.

Aku call sebab aku rindu. Salah aku ke aku tak dapat whatsapp dia yang mengatakan dia nak tidur. Aku tak ada line kat sini. Salah aku ke call dia? Tapi selama ni dia tak pernah marah. Tak pernah. Aku ulang, tak pernah langsung. Hati aku kecutttt je dengar dia marah aku. Muka aku serta merta berubah.

Aku give up . Selamat hari jadi sayang. Moga awak sentiasa dilindungi Tuhan dan dikurniakan seorang perempuan yang mampu menjaga awk dgn sgt baik suatu hari nanti. Yang pasti tu bukan saya😊😊😊

Dan sekarang, sy lah org terakhir wish awak kan?
Hajat sy want to be the first tak kesampaian.wish ke laut. Everything hancur .

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan pesanan anda disini.Segala komen saya hargai :)