Tuesday, 13 November 2018

Ini yang dinamakan manusia.

Kau kurus ke,
Kau gemuk ke,
Mereka tetap mengata.

Kau tiada anak ke,
Kau janda ke,
Kau duda ke,
Kau bujang terlajak ke,
Mereka tetap mengata.

Kau kaya ke,
Kau miskin ke,
Mereka paduli apa ?
Mereka masih mengata.

Kau berpelajaran tapi kau tiada kerjaya,
Kau bekerjaya tetapi kau tidak berpelajaran,
Dan mereka masih teguh mengata.

Ini yang dinamakan manusia,
Iya, mengata itu kau boleh bilang kau tak sengaja,
Tapi hati mereka, ada ke kau jaga ?

Ini yang dinamakan manusia,
Diberi satu, minta dua,
Sudah dapat dua, mahunya tiga pula,
Akhirnya sampai ke kubur pun masih mengata.

Sudah-sudah lah mengata,
Dunia ni dah tak lama.



Wednesday, 14 February 2018

Hope.




Aku baru je habis diploma for about 2 months ago. Alhamdulillah for that. Aku tengah free sebab cuti semester . But sadly, lagi beberapa hari je lagi aku nak pulang ke uitm balik. Aku harap aku dapat uitm yang sesuai untuk aku, InsyaAllah Allah knows every little things that we do not even know. So lets pray and redho. Haha.

O yah, about my degree. I'm going to further my degree in Science Computer but for the time being I do not know what course will be given by uitm  memandangkan masa aku apply uitm untuk degree, aku diberi 3 pilihan. Firstly of course I choose pure science computer. Second choice was  Information System Engineering ,which is known by "ISEC" and my last choice was multimedia but I really really hope that I do not get this course because I dont think that I can carry this course memandangkan I'm not a creative person.

So I just hope for my best  and guys, tonight Im gonna get SALAM from uitm. What a scary day for me. Actually I'm being hunted by these type of feelings ( nervous, excited, scared ) since 10 days before and I dont know why these feelings keep messing with me .

O yah before I forgot, Its not too late yet right, to wish "HAPPY NEW YEAR 2018" to whom that read this  post and happy new year to myself. I hope that :-


        1.  I can do my best in every little things that I would do.
        2. Be tough in every situation that I may be going into.
        3. Be bold, humble for all the time.
        4. I can be less careless after this, InsyaAllah .
        5. I will get the best uitm for me, the best result for this night and the best roomate for the next                semester . Haha
        6. I can improve my capability and get out from my comfort zone maybe ? Haha

Lastly, dear self, do not lose hope because you do not know what will happen in the future even you can't predict what will happen in the next 1 sec. So, do not lose hope. Keep in mind that Allah and family will always be with you.

Yours,         



Thursday, 24 November 2016

Lesen

Aku ambil kelas lesen memandu sejak bulan 4 tahun 2016 if I'm not mistaken. First kelas ceramah 6 jam . Then ada ujian computer.Aku lulus juga ujian tu. Second class will be ceramah and praktikal tentang RSM(Rutin Sebelum Memandu) dan RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan). Lepas tu 5 bulan aku tak ada kelas memandangkan sem dah bermula.So dalam tempoh beberapa bulan ni pun lesen L aku dah luput.

*******
Bulan 10, cuti sem dah mula . So aku tekad nak habiskan lesen. Almost everyday aku fikir " Kalau aku gagal lesen mesti abah sedih ". I feel like lesen ni menghantui hari-hariku. Ahaha. 1 day tu agen kelas memandu whatsapp aku suruh aku stand by depan rumah untuk belajar memandu. So ada tiga hari aku drive dekat taman-taman ni .3 hari=6 jam. First day dah kena drive dekat Pekan Rawang. You know what, itu lah tempat yang aku selalu takut. Takut mati enjin. Lagi-lagi sesak sebab that day hari deepavali .So can you imagine that ? Alhamdulillah enjin tak mati kat situ.

*******
Lepas 3 kelas tu, I need to go belajar litar dan jalan raya di K.Selangor. So setiap minggu aku akan ada kelas di sana. Everytime I go there I got different friends. I am so happy and glad to know them.
Ada la dalam 5-6 kali aku ada kelas memandu di sana.Last day kelas hari selasa 22 hb 11 sebab 23 hb tu aku ada test jpj. Waktu praktis for tomorrow jpj tu, aku dah nervous gila. But alhamdulillah that day I do it just fine.

*******
23.11.16 ;
Sampai kat K.Selangor pukul 9 lebih gitu. I got number 26. Orang yang agen aku hantar ada 5 orang including me dan kami sangat akrab macam adik -beradik at that day. Pergi mana bersama, debar bersama,RSM pun bersama,test litar pun bersama . Ahahaha. Sebab jpj buat 5 orang sekali gus. So kami dari no 25-29 sentiasa bersama . First of all buat RPK. Then litar. Ha kat litar ni aku berdebar-debar. Mana tak nya, aku baru sampai tempat tunggu kat litar, number dah kena panggil. Masuk-masuk kereta je enjin mati. I was like .. " Apehal la orang sebelum aku ni gi matikan enjin. " Suppose not to do that. Tapi takpa lah, aku hidupkan je enjin. First element, bukit. Dekat bukit,kalau kau tak sampai garisan kuning atau terlebih sangat for the first time, jpj akan suruh kau buat lagi sekali kecuali kalau kau dah hon dan angkat tangan,there's no chance anymore. Bagi aku second chance automatik aku akan gagal. Aku sempat tengok kawan-kawan. Majoriti yang buat sekali lagi ,mesti fail. Time aku dalam kereta tu aku takut gila dia suruh buat lagi sekali. Aku dapat clash panjang pulak tu pergh. Selalu praktis dekat litar dapat kancil clash pendek,aduhai. Tapi alhamdulillah sekali lalu je lepas . Aku rasa lega sikit bila dah lepas di bukit.

Second element is selekoh S. Third element is selekoh Z. After that ,side parking. Second element that I really afraid is side parking.Sebab majoriti people fail there. Dan waktu tu jpj betul-betul depan aku.Tengok-tengok aku lulus. Kalau dekat side parking aku tak lulus,dah kena panggil turun kereta dengan jpj. Last sekali  parking tiga penjuru alhamdulillah okay.

********
 Tibalah masa di jalan raya. No 26 dipanggil, I got jpj yang gatal weh sadisnyaaaa.Jpj tu tanya duduk mana, minta no tel, belajar mana and so on . Hm, tak larat nak cerita pasal dia. Ok , im done my lesen.

Saturday, 5 November 2016

Important Dates For Me

Ada tiga tarikh penting buat aku;

Pertama ;
14 Nov
Tarikh keramat buat sang ayah. Dia dilahirkan pada 14 November 1971.

Kedua;
15 Nov
Hm.. Aku berdebar sebenarnya menunggu tarikh ni. 15 Nov ni keputusan final sem lepas akan keluar dan juga keputusan menduduki kolej. I hope the result will be exactly like what I've dream.

Ketiga;
16 Nov
Hari pertama buah hati pengarang jantung beta hidup. Moga semuanya berjalan dengan lancar nanti,amin.My target is to make you feel happy always. Sorry for making many mistakes . Love you always.


your beloved,
NS

Friday, 17 July 2015

Kad raya ucapan berjeler.

Balik kampung wo wo wo balik kampung 🎶

Hm. Aku hanya beraya di Selangor, rumahku heaven-ku. Suasana raya berbeza sekali apabila kau beraya di bandar. Aku rasa sunyi sangat. Untunglah kamu masih punya peluang beraya di kampung tahun ni.

Aku sedih. Mama bagi duit raya. Abah sudah tiada pekerjaan. Jadi tahun ni kami terpaksa tiada baju raya. Untuk yang pertama kalinya . Ya, untuk yang pertama kalinya aku tidak beraya di kampung dalam pada masa yang sama tidak beraya berbaju kurung.

Selalunya, hari pertama raya puasa, majoriti kita akan memakai baju kurang walaupun bukan untuk satu hari suntuk memandang cuaca makin panas menjelang petang. Aku sebak masa mama bagi duit raya. Abah taktahu yang mama bagi kami adik-beradik duit raya. Mungkin mama tak mahu abah malu kerana tak mampu bagi kami apa-apa tahun ni.

Tapi semalam,tengah malam abah ajak kami pi jalan tun abd rahman. Berpusu-pusu manusia kat sana. Yang paling tak tahannya ada yang mabuk, tapi paling banyak, makhluk penghisap vape. Ala yang femes zaman la ni tu ha. Aku pun taktau apa bestnya benda alah tu. Aku ni kalau bau rokok pun tak boleh. Vepe ke apa ke sama je tak boleh juga.

So berbalik kepada cerita sadis, tiba-tiba abah belikan baju sorang sepasang. Alhamdulillah walaupun bukan baju kurang, dapat juga merasa . Terima kasih bah,ma.

Bah, ma, akak minta maaf. Akak tau akak banyak sangat buat salah dgn abh ,ma. Terima kasih lahirkan akak, bagi akak makan minum sampai gemuk sihat alhamdulillah, bagi didikan yang sempurna, cukup agama, akademik. Dan akhirnya akak dapat jugak masuk U. Yes, finally aku di Uitm Melaka, alhamdulillah.

To my beloved, muhd syafiq bin jamaluddin, thanks sebab selalu ada dengan saya sampai lah sekarang. Melayan kerenah saya yang org lain tak mampu nak layan, awak kuat kan? Alhamdulillah, saya masih diberi peluang untuk smbut raya dgn awak tahun ni. Saya minta maaf kalau saya ada buat salah sepanjang perkenalan kita. Saya nak awak tau awak sentiasa dalam hati saya. OhokOhok kbhai 😝😀

Thursday, 30 October 2014

Moga kental.

Tolak ke tepi instagram kerana itu buat kau ketagih dan kau pinggirkan buku.
Tolak ke tepi mereka yg endah tak endah pada kau.
Tolak ke tepi mereka yang jatuhkan kau, gagahkan diri .

Ingat org-org tersayang masih berada dgn kau tatkala org lain mahu jatuhkan kau.

Moga kuat ya diri.

Cuba gagah.

Terbaring penat sambil mendengar lagu Am I Wrong. Adakah kalian tahu bahawa org yg berkerja menggunakan akal itu jauh lebih penat berbanding org yg mengerah tenaga 4 kerat tulang ? Kajian mengatakan ianya adalah benar. Agak stress sebenarnya apabila kau tak suka menghadap buku tetapi kau kena hadap buku demi masa depan,katanya.

Jenis aku, aku cepat bosan. Dalam erti kata lain, cepat fade up bila buat sesuatu yg sama berulang-ulang kali tambahan lagi yang aku tak minat ,seperti contoh menghadap buku. Tapi bila difikirkan balik, aku cuma jadi kuat bila mana aku terbayangkan tiga hari bulan tiga nama aku dipanggil untuk mengambil keputusan dan keputusan yg aku dapat adalah gempak. sudah tentu mama akan mengalirkan air mata sambil duduk di kerusi roda. Tidakkah kau sebak jika kau duduk di tempat aku ketika itu ? melihat ibumu mengalirkan air mata dan yang paling menyedihkan apabila dia tidak mampu untuk bangun berdiri berjalan ke pentas memelukmu sebaik shj namamu diumumkan. sebaliknya kamu yg turun dan peluk ibumu dgn tangisan paling bahagia di dunia .

Aku mahu itu. Moga jadi kenyataan, inshaAllah. Aku cuba gagahkan hati bila mana aku fade up menelaah.

Saturday, 11 October 2014

Nikmat Tuhan Kasi.

Aku terjaga dari mimpi yang entah apa.
Tadi aku sakit. Tapi dah sembuh setelah bangun, alhamdulillah. Aku teringat dia. Dia ada tinggalkan audio di whatsapp. Akibat terlalu sakit, aku mengabaikan audio dia. Aku harap dia faham. Aku buka. Aku sibuk cari lubang untuk cucuk earphone. Aku tekan butang play.

" Hai. Selamat malam. I love you. Nanti sapu ubat dekat kepala. Jangan nak geli sgt kalau org lain nak tolong picitkan. Tidur lena ye. Abg pun dah mengantuk ni. Nanti kalau lapar, pergi cari apa-apa yang patut. Adik pergi tidur dulu. Nanti abg tidur sebab lepas makan mana boleh tidur kan,nanti gemuk. Haha. Ok bye dik. " - 9.57pm

Kau rasa apa ? Ada tak rasa mcm hati kau berbunga bila dilayan sebegitu rupa ? Ada tak kau rasa terharu bila org yg kau kasih, tahu kelemahan kau dan masih terima kau bahkan dia selalu beri kau kekuatan tatkala kau lemah, nak pengsan ,hampir mencapai lantai ?

Aku rasa bahagia. Syukur.
Tuhan, aku syg dia. Alhamdulillah.

Thursday, 2 October 2014

Dia .

Orangnya kemas berbaju apa sahaja. Berjalan sambil mulut tak pernah lekang memberi sedekah. Aku tertarik. Dia duduk di kelas akhir-akhir. Fikiran cetek aku akhirnya berjaya dia sangkal. Aku fikir, mereka ini budak yang nakal terlalu. Sehinggakan aku sendiri tak berani nak dekatkan diri. Rupanya ini dia yg luar biasa. Yess, akhirnya dia berjaya mengubah persepsi aku. Aku sekarang mula akrab dgn dia. Moga kita kekal bersahabat till jannah.

Monday, 15 September 2014

People and Me



Aku sudah capai umur tujuh belas pada dua september yang lepas. Jadi apa yang ada dalam fikiran kamu bila aku kata macamtu ? Kau rasa , aku suka pada umur tujuh belas , atau sebaliknya ?
Ya aku sayang hidup aku yang seberapa nak mewah dan tersangatlah miskin.
Bersyukur.

Aku sayang umur aku yang tujuh belas sekarang ini,
Ada orang yang teringin nak habiskan spm dan terus bekerja tapi malang tak berbau, ajal menjemputnya dulu.
Jadi aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas pada umur tujuh belas.

Aku dan manusia tak berapa nak ngam.
Sejujurnya.
Entah mengapa aku tak pasti.
Mungkin perangai-perangai manusia yang membuatkan aku rimas cepat.

Bercakap tentang manusia, aku jumpa bermacam jenis manusia. Ada yang tak reti nak hargai bila ada depan mata tapi bila orang tu dah tak ada, dia menangis depan kubur. Ada yang sombong tak bertempat . Ada yang sosial tak kena gaya. Ada yang kuat terasa . Ada yang jenis dia aje yang betul. Kau rasa aku ni macam mana orangnya ? 

Aku jenis sombong bertempat, sosial tak reti, hargai tak pandai,kuat terasa,benda kecik nak besar-besarkan,susah nak lupa apa yang orang buat pada aku, Aku ni jenis tak reti berkawan. Aku suka duduk setempat, perhatikan orang sekeliling dan kadang kala aku ketawa seorang diri melihat mereka yang bermacam perangai. 

Jenis macam aku yang cerewet ni susah nak hidup kalau campak dalam hutan atau tengah laut. Sebab apa, sebab memilih. Aku dalam proses untuk berubah menjadi yang baik. 

Cerita pasal hidup aku, aku ada kawan yang makan kawan, kawan yang tikam belakang, kawan yang lidahnya tajam lebih dari mata pisau,kawan yang lupakan kawan bagai kacang lupakan kulit, dan ada juga kawan yang terlalu menghargai kawan. Ha, kalau dapat kawan yang terlalu menghargai kawan, aku rasa beruntung sangat. Tapi kalau dapat kawan yang asyik nak mengekor kau dari belakang even nak pergi ke tandas pun sibuk mengikut kau, apa kau rasa ? Nak diberi kaki, kawan katanya. Aku naik menyampah,meluat,rimas kalau ada kawan yang macam ni. 

Seterusnya aku ada buah hati yang reti menghargai .
Alhamdulillah.
Aku ada mama abah yang menjaga aku bagai menatang minyak yang penuh.
Alhamdulillah.
Aku juga punya adik-beradik yang sporting gila habis.
Syukur.
Aku ada kawan baik yang tersangat memahami aku,
Syukur alhamdulillah.






Saturday, 12 July 2014

Mungkin hidup dia nampak mewah. Wajahnya tampak gembira sentiasa. Tapi sebenarnya tersembunyi pahit dalam hati. Bila dia menceritakan kisah hidup dia pada orang yang dia percaya , orang itu tidak percaya. Katanya, hidup kawannya tu nampak mewah dan sempurna. Manusia mana yang capai kesempurnaan dalam hidup ? Kalau ada yang kaya , itu belum sempurna lagi. Kaya bukan pada harta saja. Tapi perlu juga pada budi. Biar miskin harta tapi kaya budi. Namun bumi pada hari ini, siapa yang peduli jika someone tu kaya budi saja ? Kalau ada pun mungkin boleh bilang pakai jari.

Aku bukan orang senang. Nak percaya atau tidak,terpulang. Kawan aku tidak percaya. Dia kata aku selalu senyum. Bahkan aku lah yang selalu buat kawan-kawan di sekolah ketawa. Sengsara hidup aku,siapa yang tahu ? Nak dihebohkan buat apa ? Tiada siapa yang mampu tolong. Jadi biarlah aku pendam. Hendak dicerita pun bukan orang percaya. Sedangkan kawan baik aku sendiri tidak percaya.

Puasa hampir meninggalkan kita. Raya tahun ni suram,buat aku. Kau nak tahu kenapa ? Aku tak ada baju raya walau sehelai. Duit raya daripada mama abah ? Toksah dikata. Balik kampung ? Kau ingat duit tol KL-PENANG berapa ? Aku mampu tersenyum je bila kawan-kawan bercerita pasal raya. Memang raya tahun ni paling derita bagi aku. Ex aku penah kata dulu ," Ada orang lagi susah dari kita. Bersyukurlah awak masih ada mama ,adik-adik. " Jadi dari situ aku belajar terima apa yang aku ada. Macam tahun lepas, semua aku dapat time raya. Tapi tahun ni entah lah.payah nak kata. Dah macam org miskin sangat. Takpe, ni ujian .Redha.

Saturday, 17 May 2014

Kepada rakyat dunia ;

Nak hentikan mulut org, kau xada kuasa. Jadi salah satu cara, kau berhenti buat benda negatif. Bila org dah penat,org akan berhenti mengata. Mulut manusia memang mcmtu. Aku pun tak bajet baik ah. Aku pun 2 kali 5 je. Haha.

Aku sakit mata tengok manusia kat dunia ni. Semua dah berubah. Yang perempuan tu please lah jaga mahkota yang satu satunya tiada ganti jika tergadai. Adab mana ? Adab manusia semakin tipis terbang entah kemana dibawa angin barat barangkali. Hati-hati dalam perbuatan,percakapan. Seminit kau buat dosa, tak sampai seminit dah heboh satu dunia. Dunia kini moden. Aku taknak orang judge kaum sejenis aku ni teruk teruk belaka. Kepada kaum yang berlawanan, jangan disangkakan semua wanita dalam dunia ni sama. Kerana setiap dari kami ada perbezaan. Kami anti dipersamakan.

Harap maklum.

Tuesday, 13 May 2014

Tengah malam sayang.

Selamat tengah malam sayang.

Terima kasih atas sokongan dan dorongan untuk kita lebih maju ke depan. I promise to make you, mama and abah proud of me.

Tadi masa gaduh, aku nampak tolak ansur dia. Dia kata dia dah takmau gaduh. Terpulang pada aku mahu kata apa. Sebab dia dah janji takmau gaduh dgn aku. How sweet you are syg sbb still remember our promise. I'm deeply touched at that time.

Selamat tengah malam sayang. Moga mimpi indah kamu di sana.

Monday, 12 May 2014

Untuk kesayangan yang lima.

Dalam dunia ni , kau tak boleh bergantung hidup pada manusia lain. Dalam kata lain, kau harus/mesti/kena/wajib berdiri atas kaki sendiri. Jangan harapkan pagar kerana pagar akan makan padi. Jadi, kau mesti bangun, berdiri atas kaki sendiri dan yakin pada diri. Tak ada siapa boleh bantu kau selain diri kau. Macam dalam kubur nanti ? Malaikat soal kau, kawan kubur sebelah tak boleh bantu. Kau keseorangan.

Aku tengah naik gila sekarang ni. Mana tak nya , aku terlalu mengharap yang mereka tu mampu berfikir secara dewasa tapi aku terlalu over kerana hakikatnya mereka masih terlalu kecil untuk mereka berfikir luar kuota mereka.

Maaf adik. Akak cuma harapkan yang adik kemas balik lepas main. Tapi adik tak buat pun. Berjuta kali adik kata NANTI ADIK KEMAS BALIK. Tapi hakikatnya ? Semua itu dusta belaka. Akak serabut tengok bilik bersepah. Akak nak belajar dengan tenang tengah exam. Tapi adik tak faham. Akak marah sebab sayang. Akak taknak nanti kaki adik terkena mainan tu, adik terjatuh dan sakit. Tak ada benda yang mustahil dik. Apa apa pun boleh jadi. Tapi adik tak faham. Adik tak habis habis kata kat pakwe akak yang akak ni garang mcm singa, suka marah marah.

Dalam diam, aku sayang. Aku rasa, sayang tak perlu tunjuk. Cuma perlukan bukti. Tapi bukti yang aku beri ni halus tak boleh nampak pakai mata mereka. Takpa, Tuhan tau aku sayang mereka.

Yang benar,
Akak yang garang mcm singa.

Cuba duduk sini

Pernah kau duduk dalam satu tempat. Dimana kau nak luah tapi kau takut, nak pendam kau juga takut. Bukan kau takut apa,kau takut sakit bila pendam dan sakit bila luah. Kau sekarang sedang berada di garisan putih pendua jalan. Kiri kanan kenderaan melintas laju. Kau buntu. Tak tahu apa nak buat. Kau hanya mampu berharap suatu saat nanti mereka mampu memberi peluang untuk kau melintas dgn selamat.

Kau tahu aku di mana skrg ?
Di situasi itu.
Aku benci tempat ni.

Ah !

Sunday, 4 May 2014

Dugaan.

Macam nak menangis .
Ya Allah, dugaan sangat.
Waktu waktu mcmni aku diuji.
Oh Tuhan, aku tak kuat .
Langsung.
Berikan aku kekuatan.

Hm.

Wednesday, 30 April 2014

MEI

Hai Mei.
Kita berjumpa lagi
Dalam tahun yang berbeza.
Diharapkan kau mampu bawa tuah
Kepada aku.
Aku juga mengharapkan agar
Aku mampu jadi manusia pandai diiringi usaha dan doa untuk periksa kali ini.

Yang mengharap,
Najwa Samlan :)

Tuhan.

Tuhan,
Andai mampu
kau berikan aku kuasa
Untuk menghentikan saat indah ini,
Akan aku hentikan buat selamanya.

Tuhan,
Aku bersyukur
Kau telah hadiahkan aku seseorang yang cukup istimewa selain ahli keluargaku.

Tuhan,
Aku mohon padaMu
Pinjamkan aku detik detik indah ini selama mana aku hidup.

Hm.

Pergi kau.

Masa aku tengah lena diulit mimpi indah,
kau hadir berikan luka semula.
Kau mahu apa ?

Dulu kau tinggaikalkan aku terkapai-kapai seperti sampah di
sungai.
Sekarang
kau melutut minta diberi peluang kedua pula ?
Manusia jenis apakah kau ini ? Cukuplah dulu kau maki,hina aku. Aku benci kau. Go away ah.
You make my life become tak tenang.

Please,
Pintu hati dah terisi dgn org lain.
Kau boleh jalan dan jangan sesekali mendekati pintu hati aku lagi.

Pergi kau .

Tuesday, 29 April 2014

SAYANG

Penat. Aku penat fikir tentang masa hadapan. Tentang aku dan dia. Ya Allah, kau tetapkanlah hati kami berdua. Jauhkan kami dari perkara mazmumah.

Kau tahu betapa aku sayang dia ? Kau pun pernah rasa benda yang sama bukan ? Seperti aku,kini.

Ada taman yang dihiasi bunga mekar harum merah dalam hati.
Ya angkara dia.

*Keluh*
Aku takut pada perpisahan.
Sebab aku terlalu sayang
Jadi aku takut untuk berpisah.
Moga Tuhan satukan kita ye sayang
Dan moga kita kuat menghadapi cabaran hidup bersama.
Walaupun kini kita berada pada situasi yang berbeza dan destinasi yang tak serupa.

Sayang kamu.