Tuesday 30 October 2012

#1

                                                
Aku seorang penakut.
Ya,tiada penafian.
Takut dalam pelbagai situasi.

Aku takut hantu.
Aku takut manusia.
Aku takut binatang.
Aku takut Allah.

Aku takut dengan masa.
Masa itu ibarat emas.
Terlajak perahu boleh diundur.
Terlajak masa,masih boleh diundur?
Tidak.Masa tak boleh diundur.
Kecuali kau undurkan jarum pada jam yang rosak.

Andai masa boleh diundur,
pasti aku lebih berhati-hati.
pasti aku lebih peka pada keliling
supaya nasi tidak jadi kerak.

Tapi,apakan daya
Semuanya telah tertulis di tangan-Nya.
Terima saja dengan lapang dada.

Untuk peringatan..
Jangan ulangi kesalahan.
Jangan ulangi kesilapan
Jika tidak mahu nasi menjadi basi.

Sudah jelas aku seorang penakut.