Tuesday, 30 October 2012

#2


Kehidupan adalah kesakitan.
Tiap hari bangun mesti buat benda yang sama.
Aku bosan.
Tiada yang menyeronokkan bila buat sesuatu berulang.

Sedari kecil,
Kita diajar untuk menghormati.
Dan bukannya dihomati.
Maka,barang siapa yang peduli akan hati kita?

Hati kita terluka,
Hati kita berdarah,
Ada sesiapa yang kisah?

Kadangkala,
Aku terasa putus asa.
Tak hingin lagi hidup.
Sampai terkadang,aku selitkan rasa ingin mati dalam doa harian.
Tuhan itu Maha Mengetahui segalanya.


 Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul.
Segala beban diletak diatas bahu.
Betapa peritnya jadi yang sulung.
Bila ada yang salah,semua memanggil yang sulung.
Sedangkan yang bongsu itu selalu saja buat hal.
Yang bongsu itulah yang palsu.
Pasti saja ada bohongnya setiap kali buat kesalahan.
Kambing punya tahi,dituduhnya tahi anjing.

Itulah keluhan aku.
Aku hanyalah seorang hamba Allah
Yang mampu berdoa meminta kekuatan menghadapi hari-hari mendatang.