Wednesday 31 October 2012

Kenangan buat aku.

   




 

Beribu kegembiraan bersama mereka.Kini semua tinggal kenangan bila kami semua tinggal berjauhan.Rindu dah menebal di dada.Oh,maafkan aku.Gambar tidak seberapa elok.Maklumlah dulu hanya pakai telefon cabok.Gambar diambil sewaktu kami di bangku sekolah rendah,darjah 6.Sewaktu ini,apa yang kami tahu?duduk dekat-dekat,gatal nak mampus.Cikgu dah berbuih mulut marah kami sampaikan satu tahap, cikgu hanya mampu geleng kepala saja tengok aksi kami budak mentah ni.

Aku masih lagi hubungi mereka.Tapi tak semua.Hanya seorang saja yang masih menghubungi aku.Si budak pengawas yang berada pada gambar paling bawah sekali.Hah,itulah budak yang masih menghubungi aku.Yang lain,entah kemana.Wal hal dulu si budak pengawas ni bukan kawan rapat aku.Cuma kawan biasa saja.Dulu aku pandang dia sebelah mata saja.Sekarang,terbeliak mata aku.Dia hensem,kot!Tinggi orangnya dan kurus.Manusia kan boleh berubah?!Dia juga crush aku sekarang .Kami suka sama suka.Sukar nak percaya kan?Dulunya bergaduh beria-ia.Sekarang suka sama suka pula. =D

Lelaki yang berada dalam gambar kedua dari bawah sebelah kanan itu .......bekas gula-gula hati aku.Alah,dulu cinta monyet saja.Kami masih satu sekolah.Sekarang ,bila jumpa saja tersengih-sengih macam kerang busuk!Biasalah.Malu agaknya.Maklumlah semua dah besar.Dulu masing-masing tak tahu malu.Belum cukup matang lah katakan..Teringat masa dulu.Masa cikgu mengajar,dia baling kertas dekat aku.Kertas "mengayat".Aku ambil kertas yang dia baling ,aku renyuk-renyuk depan dia.Haha.Kejam aku bukan selalu.Kadang-kadang saja.Kelakar rasanya bila teringat balik macam mana memek muka dia waktu tu.Banyak kenangan pahit dan manis dengan budak ni.Lain kali aku cerita panjang pasal dia.

Sekarang dia budak hot dekat sekolah.Mana taknya,dia anak orang berada.Dia juga pegang jawatan pengawas di sekolah,sekarang.Walaupun dia anak orang berada,dia sekeluarga tak sombong.Dia kelas depan.Aku kelas belakang dia.Tuhan kurniakan dia otak sama dengan aku tapi dia lebih berusaha dari aku.Jadi,terimalah hasil masing-masing.Barang siapa yang berusaha,dia yang berjaya.kan?

Eh,hampir 2 perenggan aku bercerita tentang dia.Maaf.Terleka.Banyak sangat kenangan dengan dia.Hah,budak-budak perempuan yang kalian nampak dalam gambar tu pula semua kawan rapat aku.Semua dari mereka lost contact dengan aku ,Sedih tu...wajiblah ada dalam diri aku sebagai seorang teman kan?Tapi tak mengapa.Aku masih berkawan dengan mereka lagi.Secara alam maya.Dalam muka buku saja lah,kawann..

Dulu,
ada tangisan yang didegar,
ada nyanyian yang berlagu,
ada tarian badut yang ditarikan,
ada gelak pontiakan yang dikeluarkan,
ada senyuman tawar yang dipancarkan,
ada gosip yang diperkatakan,
ada mereka untuk aku.

Kini,
semuanya tinggal kenangan
yang boleh dijadikan pengalaman
pahi atau manis
untuk dieritakan pada generasi selepas aku.

Aku berharap..
mereka bahagia dengan laluan pilihan mereka.
Aku doakan kalian bahagia dunia akhirat.Amin :)