Sunday 4 November 2012

Lain orang lain dugaan.



     Dalam dunia kini,ramai manusia perosak.Umpama parasit.Mendatangkan keburukan kepada manusia.Aku benci parasit.Perosak hidup aku!Manusia begini sepatutnya mati tidak ditelan bumi.Tapi,Tuhan itu maha pengampun.Tuhan berikan peluang untuk Si Polan ini hidup lagi didunia.Mungkin mahu Si Polan ini sedar atas perbuatannya lalu bertaubat?Ah,jauh dalam pemikiran aku yang suatu sata nanti,Si Polan ini akan memohon ampun kepada aku sekeluarga.
     Si Polan ini manusia dujana.Seperti dajjal!Menyebarkan fitnah saja yang dia tahu.Dia bukan pelengkap hidup aku.Tapi dia perosak kehidupan aku.Suatu ketika dulu,keluarga aku pernah merasai nilai bahagia.Tapi, tidak lagi sekarang.Semuanya gara-gara manusia durjana ni!
     Ada topik yang malas untuk aku perkatakan kerana ia akan membawa kepada perdebatan antara lelaki dan perempuan.Kau tahu peritnya jadi seorang perempuan yang dijadikan lelaki sebagai kain buruk?Bila mahu,dia gunakan.Bila dah kotor,dia terus buang.Tak kan dibasuhnya lagi.Kau tahu payahnya nak menghadapi seorang lelaki yang egonya tinggi langit?Tuhan saja tahu bagaimana payahnya berhadapan dengan orang sebegini.
       Perempuan yang bertudung hitam itu mama aku.Beliau seorang yang tabah.Walaupun beliau sering menangis,aku tetap sayang beliau.Ya,aku panggil "beliau" sebagai tanda hormat aku kepada beliau.Banyak pengorbanan beliau yang tidak terbalas oleh aku.Insyaallah.Suatu saat nanti,aku pasti boleh buat beliau menangis terharu punya anak macam aku.
      Payah untuk aku katakan bahawa aku ada mak tiri.Ya.Si Polan,si durjana dan si perosak itu mak tiri aku.Aku dah kata.Topik poligami akan membawa perdebatan antara kaum hawa dan adam.Kau tahu mak tiri aku tu warganegara Indon?dan aku fak Indon!Dia hanya mahu mengikis harta abah aku.Terus terang aku katakan,aku anak orang biasa.Bapaku seorang pemandu bas sekolah.Mak tiri aku tua nak mampus.Tapi pandai bohong cakap umur konon muda.Puihhh!
       Tahi!Kau tahu dulu aku bahagia.Tapi si durjana ni membuatkan aku nak tikam dia biar mampus!Ada satu ketika,aku sedang duduk makan di meja.Tiba-tiba si durjana ni membuat fitnah tentang aku pada abah.Tak semena-mena abah mahu lempang aku.Sevagai seorang yang tidak bersalah,aku terus bangun.Mama menghalang abah dari menampar aku.Nasib baik mama ada.Kalau tak,aku tak tahu lah macam mana nasib aku.Si durjana ni juga pernah buat fitnah tentang mama aku.Macam-macam yang dia sebarkan.Kami hanya mampu bersabar dan meluruhkan air mata tatkala dimarahi oleh bapa kami sendiri.
       Aku dan adik beradik aku kini fobia.Mana tak nya,asyik kena marah saja.Ini saja yang mampu aku cerita sebagai luahan ketidakpusaan hati aku.Maaf.Selebihnya lagi,biarlah ia aku simpan dalam hati.Aku harap suatu hari nanti keluarga aku akan jadi seperti dahulu.Untuk makluman kalian,mama aku kini patah kaki.Secara tiba-tiba.Hampir setahun juga mama aku tak boleh berjalan.Doaku tak putus agar mama cepat sembuh.Amin.
       Itulah aku kata,lain orang lain dugaannya.Semua yang jadi,pasti ada hikmah.Bohonglah kalau aku kata aku tak pernah merungut dengan dugaan ni.Tapi aku percaya,suatu saat nanti Tuhan pasti makbulkan doa orang teraniaya seperti kami .Aku harap,kami makin tabah dalam menempuhi dugaan harian =)

Kesimpulannya:Lain orang,lain dugaannya.Setiap masalah,mesti ada penyelesaian.Penyelesaian itu bergantung pada usaha masing-masing.Sekian.