Monday, 5 November 2012

#3


Mohon jangan kenal aku.
Aku takut untuk berkenalan.
Takut suatu saat hati aku berbunga lalu luruh.

Mohon jangan kenal aku.
Aku takut suatu saat aku akan kecewa
lalu menangis.

Mohon jangan kenal aku.
Aku takut suatu saat nanti,kau benci aku
lalu kau buang aku dalam laut hingga aku mati kelemasan.

Mohon jangan kenal aku.
Aku takut kau bagi tahi dekat aku
lepas kau tahu kelemahan dan kekurangan aku.

Tolong jangan kenal aku.
Aku tak nak letak harapan dekat bahu.
Nanti harapan aku musnah
dan lagi sekali
aku menangis.

Aku mohon kau faham semuanya.
Aku bukan sombong.
Aku bukan peramah.
Aku cuma takut.
Takut nak berhadapan dengan kau.

Aku seorang perempuan.
Bukan mudah nak pisahkan kaum hawa dengan air mata.
Dan sekarang,
kau faham ,bukan?

Tolong pergi jauh
dan jangan pernah kau minta untuk kenal aku.

Lagi sekali
Aku mohon.