Tuesday 6 November 2012

Cinta jarak jauh.




     Riak muka menunjukkan aku sedang gembira dan bahagia bagaikan sedang berbulan madu dengan suami.Dalam masa yang sama,kesedihan mengikut buntut si bahagia dan gembira.Aku tak faham.Kenapa mesti ada derita setelah bahagia.Kenapa hadirnya kesedihan setelah ada nya kegembiraan dan kenapa datangnya yang ketiga setelah adanya pasangan.

       Ops..

       Ya.Itu adalah tajuk kedua selepas tajuk utama..Aku sekarang berstatus 'telah diambil' oleh Encik F.Aku dah kata,aku tak suka tag-tag nama orang disini.Maaf.Untuk kalian juga,tak payahlah susah payah selongkar laman ini kerana memang tiada pun gambar Encik F disini.Sudah 2 tahun lebih aku berhubungan dengan Encik F.Dia tinggal 19km mungkin dari pekan Rawang.2 tahun lebih juga aku tak pernah jumpa dia.Niat dihati ingin bawa mama jumpa dia sekali.Tapi,apakan daya.Mama sakit tahun ni.Jadi,niat itu terbatal saja pada tahun ini dan mungkin ditangguhkan pada tahun hadapan.Insyaallah kami bersua muka.

     Kawan yang kenalkan kami.Awal perkenalan,ingin juga melihat muka si dia.Dapat juga akhirnya walaupun hanya melalui 3G.Tapi bukan 3G dengan aku.Dia selalu 3G dengan mama aku.Aku pun jenguk-jengukkanlah muka melihat si dia.Kulitnya bukan hitam manis.Cuma gelap kelabu.kot.Ah,tak kisah lah macam mana sekalipun.Janji dia sudah ambil hati mama aku dan kini mama aku jadikan dia anak angkat mama aku.Alhamdulillah,baik hatinya.Manja orangnya.Al-maklumlah,dia tiada mak.Mak dia meniggal dunia semasa dia berumur 11 tahun.

      Jadi,begitulah pengenalan kepada tajuk kedua.Seba-serbi sahaja.Takut-takut ada yang tak larat nak baca.Apabila dah elok perpasangan,datang pula yang ketiga.Haish,ini semua dugaan.Aku ada juga cakap mengenai yang ketiga itu pada si dia.Dia tak marah.Cuma beri nasihat.Dan yang ketiga itu crush aku.Dah lah kami suka sama suka.Hati oh hati,susah sangat nak dijaga.Lebih susah nak jaga hati dari jaga anak perempuan!Crush itu,cinta jarak dekat.Dekat berapa batu je dari rumah.Seringkali kami bertemu =)

     Kalau diberikan peluang,dah lama aku buka dada seluas bahu,macam aku buka pintulalu kuambil hati.Aku campakkan hati  1001km jauhnya daripada badan.Supaya tak ada lagi musim bunga dan musim luruh dalam badan.Tapi,apakan daya..aku hanya manusia biasa.Hendak atau tidak,hati tetap jadi yang ketiga antara paru-paru..

       Hendak disambung cerita?Ah,jejari dah mula hantar pesanan kepada otak"sampai disini saja.Maaf.Saya malas nak menaip panjang-panjang."