Thursday 8 November 2012

#5

Memandangkan cuti sudah bermula,
poket gua sudah mula kosong.
Nak tunggu sekolah buka,
alamatnya berhabuk ler.

Duit sepuluh sen ada sepuluh bentuk bulat,
duit lima puluh sen ada lima bentuk bulat,
lima keping duit satu ringgit,
tiga keping duit  lima ringgit,
sekeping duit sepuluh ringgit,
lima puluh ringgit pula kosong kuasa dua.
Noktah pasal wang saku.
Tabung mulai kosong.

Dulu masa sekolah,
otak saban hari diasah oleh barang.
Kini barang  telah dipulangkan kepada cikgu.
Tiada lagi barang disini.

Aku ketagih.
Nak barang.
Tolong beri aku barang.

Tolong jangan fikir benda hitam
kerana aku minta barang bacaan
bukan heroin atau sebagainya.

Aku ketagih
beri aku ubat HIPERBOLA
dan INVERSI
mohon asah balik otak gua.
Gua dah kata
gua ketagih
dan perlukan barang sekarang
untuk menajamkan minda gua.

Tak faham?
Pejam mata,
celik semula
dan angguk tanda lu orang buat-buat faham.