Sunday 18 November 2012

Maksiat.

Lumrah manusia apabila menerima,pasti akan keluar perkataan terima kasih.Aku bukanlah seorang manusia yang taktahu jaga hati manusia lain.Mama aku pernah berkata agar lapikkan bahasa supaya tiada yang terasa dengan bahasa kita.Jadi,aku kata lukisan di atas tu cute.Bagi aku takdalah 100 %  cute tetapi memang cute.Tiada penafian dan tiada pelapikkan lagi disini kerana sekarang aku menaip dan bukannya aku sedang berkata.

Sedang aku seronok mengomen dengan buah hati,ada juga yang ketiga dan keempat.Tujuan kemunculan mereka mungkin untuk mengacau kami berdua.Aku tak kisah.Itu perkara biasa.Adat orang berkasih memang selalu disakat oleh yang lain.Baca saja komen-komen disitu.Ada ke patut seorang lelaki ni kata gambar ni gambar maksiat?

Darah aku melonjak tinggi.Hendak saja aku masukkan genggaman tangan aku yang sebesar jantung aku ini kedalam tekak dia lalu ke oesophagus dia dan disitu,aku letakkan bom biar meletup oesophagus dia .Baru dia tahu langit ni tinggi ke rendah.Ini sekadar lukisan.Bukan kenyataan.

Monolog otak aku"macam saja dia tak pernah buat maksiat.Jangan katakan maksiat,dosa pun takkan terlepas kalau dah namanya manusia.Baik sangat ke dia.Taksub!Dengan gambar pun mahu bikin darah aku melambung naik!"

Walaupun begitu,aku tidak bertindak.Tidak melawan.Masih mampu berdiam.Aku tunggu tindakan susulan buah hati.Sangkaan aku,buah hati akan marah besar.Itu cuma sangkaan.Taktahulah tepat atau tidak.Buat pengetahuan,lukisan itu diambil di google dan di tag oleh buah hati kepada aku.