Sunday 25 November 2012

#11


Aku gali.
Gali lagi.
Lagi dalam.
Dalam lagi.

Apa yang aku cari?

Beep,beep *you got 1 message*

Jejari menyelok poket.
Keluarlah telefon kuno.
Kubuka satu pesanan.
Sebelumnya,tertera nama "sayang" dimuka depan telefon.
Baru kubuka perlahan persanan tadi.

Aku tersenyum.
Mataku mengecil.
Hatiku bersorak
bagai ingin menjerit pada dunia
bahawa
aku sedang berbahagia.

Itu yang aku cari.
Bukan aku.
Tapi setiap manusia.

Konklusinya,kebahagiaan adalah 'wishlist' setiap yang bernama manusia.Apabila mereka yang kita kasih berada disekeliling kita tak kira dalam waktu payah atau senang,kita akan rasa bahagia.Lebih-lebih lagi bila kita turut disayangi.Kita akan rasa lebih bahagia.