Saturday 1 December 2012

#12

Menyepi.
Mendiamkan diri.

Menyepi.
Mendiamkan diri.

Mungkin?

Itu yang boleh buat mereka sekeliling bahagia.

Bahagia macam mana?

Bahagia sebab aku tak ganggu hidup mereka.

Bahagia selepas tiada lagi aku dalam hidup mereka.

Mungkin ini jalan yang terbaik buat aku.

Tapi..

Jalan yang terbodoh pernah aku fikir.


Aku taktahu kenapa akhir-akhir ni kotak fikiran aku tak tenang.Tak tenteram.Seolah-olah aku ada buat dosa besar.Mungkin terlalu banyak benda yang aku fikirkan.Mungkin juga terlalu berat beban yang aku pikul.

Jadi apa motif aku nak menyepi?

Objektifnya,aku nak tahu seberapa lama aku boleh tahankan diri daripada deactive facebook dan deactive reply text mereka yang berada di sekelilingku.Selain itu,aku juga nak tahu siapa orang pertama yang cari aku.

Eh,bodohnya!

Tak,aku tak kisah pembaca mahu kata apa.Kalian punya hak.Punya mulut tersendiri.Mahu kata apa,katakan saja.Tidak aku halang sama sekali.

Harap maklum.Harap maaf.Aku minta 3 hari buat sekarang untuk aku menyepi.Aku harap dia orang pertama akan cari aku.

Aku akan update lagi..