Wednesday 5 December 2012

#15

Aku duduk dalam gelap.Tiada cahaya yang masuk menerusi tingkap besar sliding.Tanpa cahaya,aku menaip.Argh,rasanya banyak typo =.=' Abaikan.Aku masih mahu menaip.

Jarum panjang ke arah nombor dua.Jarum pendek pula pada nombor 1.
Aku baru selesai chatting dengan yang tersayang di muka buka.
Rasanya bahagia.Tak terkata.Harus rasa baru tahu bagaimana perasaan aku.

Baru tadi,aku buat dua kerja dalam satu masa.Dua kerja yang bunyinya seakan sama.
Aku menaip .Menaip mesej telefon dan menaip mesej chatting.Bunyinya hampir sama,bukan?
Sambil menaip,aku mainkan lagu yang ada dalam fail telefon.Agar tidak rasa bosan sambil menunggu mereka.

Biasalah,bila dah menunggu,mulalah otak melayang.
Memikir entah jauh kemana.
Aku terfikir sampai bila aku masih diberi peluang.
Peluang untuk bahagiakan mereka.
Peluang untuk membalas segala mesej mereka.
Peluang membuat mereka sentiasa tersenyum.

Entahlah,sayang.
Sampai saja aku disitu,aku tewas.
Manusia takboleh fikir jauh sebegitu.

*Beep.Beep*Maaf.Gua harus pergi sekarang.
Nanti gua update lagi.Itu bukan bunyi kereta.Itu bunyi pesanan masuk.