Saturday 13 April 2013

Berita semasa.


Sekarang,saya jadi gila one direction.Hampir setiap hari dikatakan,wajib pasang lagu one direction kuat-kuat.Biar bingit.Biar semua menjerit.Biar sampai mereka memaki .Asalkan saya bahagia.

Sekarang,karma pandai memainkan peranan.Ada saja celaka yang menyelit antara bahagia.Itu namanya bala.Tapi,wajib juga aku bersyukur kerana Tuhan beri sesuatu dugaan itu mengikut sekuat mana hambanya.Itu bermakna,aku hambanya yang kuat kan? Tak boleh menangis bila celaka datang,bala menimpa.

Eh,gambar sebagai tatapan diri sendiri sebenarnya.Rindu nak tengok muka sendiri.Sekarang,aku sakit.Alah,sama jugalah dengan tak sihat.Tak mengapa,aku kan kuat.Tapi,tipulah kalau aku kata bila pertama kali aku sakit ni,aku tak menangis.Kalau nak tahu,aku meraung sekuat hati.Kalah bayi yang menangis nak kan susu.Segalanya meleleh lah.Tok sah nak kata.

Alhamdulillah,di setiap aku jatuh,ada yang hulurkan tangan sudi bangunkan aku.Bila aku sedih,ada badut yang buat kelakar tanpa perlu dibayar dan dipinta.Jadi,aku sayang mereka.

p/s: tak payah kot sebut nama mereka.Takut mereka tersedak pula.Payah pula aku nanti :)Doakan aku cepat sembuh.Sakit ni teruk.Tapi tak lah kritikal.Mungkin,lagi seminggu baru pulih seprti dulu kot.Eh,teruk dengan kritikal tu bukan sama ke? Alah,apa-apa saja lah.Bagi aku,kritikal tu pangkat lagi besar dari teruk.Okey?Good.Kejab ! Mana boleh aku dapatkan buku "KELABU" by Nadia Khan ye? Seriously,kalau sesiapa tahu,tolonglah bagitahu aku.Aku mohon.