Friday 26 July 2013

Bicara tentang hati.

Sampai bila mahu bicara tentang hati ?
Sampai nyawa sudah di hujung jari ?
Aku sudah penat mahu bahas tentang ini
Kerana sudah bersepah hati yang aku kutip
Sampaikan satu tahap aku tak tahu mana emas dan mana pisau

Aku hanya bertepuk sebelah tangan sajakah?
Atau setiap daripada mereka ada membalas tepukan sebelah tanganku ?
Kadang aku fade up,tadah tangan pada Tuhan supaya "Dia" berikan aku yang terbaik
Tapi sebaliknya aku tak pula berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk pasangan aku nanti.

Kadang mood  aku jatuh menjunam
seperti kapal terbang yang hilang kawalan jatuh dari langit  terus ke tanah
Hanya disebabkan benda kecil yang aku rasa benda tu boleh buat aku rasa nak mati
Cepat sangat menyerah tapi tak redha dengan ketentuanNya

Bunyi seperti aku sedang patah hati,bukan?
Kenyataan nya bukan aku tapi sebaliknya.

Kamu faham? *senyum sinis*

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan pesanan anda disini.Segala komen saya hargai :)