Thursday 4 July 2013

Mana pergi nya hormat kamu?



Matang tu apa?

Ada seorang budak lelaki kelas aku.Dia ni agak tak matang.Sama ada dari segi tingkah laku,perangai dan pemikiran sampai kan kadang-kadang aku rasa meluat tengok gaya dia.Dia perlakukan guru macam kawan dia.Okey,dia tak matang langsung !

Dia pernah buat benda paling bodoh dalam kelas bagi aku.Kamu tahu dia buat apa? Dia biarkan kipas berpusing laju.Lepas tu,dia ambil majalah,gulung-gulung majalah tu and dia lontarkan ke kipas.Kamu tu dah dewasa.Tolonglah bersikap matang.Kalau terkena mata kawan kita,kamu nak ganti pakai apa? Kalau kamu mati hidup balik pun,belum tentu kamu dapat ganti mata yang sebiji dengan mata yang kamu rosakkan itu.

Seterusnya,dia pernah buat 'joke' yang paling LAWAK.Semasa cikgu bahasa inggeris mengajar,dia gelak-gelak kan cikgu.Eh,kamu ingat cikgu itu kawan kamu ? Saya tahu kamu ini anak cikgu.Saya tahu mak kamu muka bengis-garang .Kamu pikir kamu anak guru,orang akan respect kalau kamu terus-terusan begini? Kamu beruntung kerana kamu tu comel.Tapi kalau muka ala-ala putih korea,comel ala-ala anak panda tak guna juga kalau perangai kamu persis penjahat.

Sebenarnya kamu bukanlah manusia yang se-sempurna manusia biasa yang lain kerana kamu tidak mempunyai hati perut seperti majoriti mereka yang lain.Kamu pernah datang ke hadapan kelas,selongkar kotak pensil murid-murid konon nya nak cari marker whiteboard. Motif? Kamu nampak tak guru sedang berehat di kerusi sambil perhatikan gelagat kamu ?Kamu tak kesiankan guru tu langsung kan? Guru tu dah lah bunting.Lepas tu kamu ambil kesempatan semasa guru tu berehat di kerusi setelah penat mengajar.Kamu guna marker 'curi' yang kamu ambil dari kotak pensil kawan-kawan tanpa izin untuk menconteng papan putih.Kamu memang tak hormat guru yang sedang berada di depan kan? Kamu lakar gambar ala-ala pandang bola sepak.Lepastu kamu tengking-tengking kami bila kami semacam tiada respon.

Nauzubillah,jangan lah aku pun biadap seperti kamu.

Dear kamu,respect tu penting.Kalau kamu tak tahu nak respect orang lain,macam mana orang lain nak tunduk hormat pada kamu ?

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan pesanan anda disini.Segala komen saya hargai :)