Tuesday 13 August 2013

Cerita Raya.

Alkisah aku mungkin agak berbeza dari alkisah kamu.Malam raya,jam menunjukkan pukul sembilan empat puluh lima,aku terus masuk ke bilik,duduk di katil sambil matikan sound telefon lalu aku tarik selimut dan terus baringkan badan atas katil.Cuba untuk pejam mata,pening.Masa itu air mata mula mengalir. "Ya Allah,kuatkan aku.." - doaku dalan hati. Beberapa minit selepas itu,aku mula masuk mimpi.Entah mimpi apa yang aku alami,aku sendiri lupa harini.

********************************************************************************

Keesokan harinya (Raya Pertama) ,aku bangun seawal yang mungkin,bingkas turun dari katil,mencapai tuala dan terus ke bilik mandi.Selesai mandi sunat,aku pakai baju kurung berwarna krim.Pakai tudung hitam,kenakan pin pada sini,situ dan merata aku cocok di kepala.Dah,siap.Aku menjerit kepada adik-adik agar mereka cepat bersiap supaya kami boleh bergambar bersama.Adik-adik aku yang baru bangun daripada tidur terus mandi dan persiapkan diri mereka.Selesai mandi,mereka semua sibuk membetulkan pakaian masing-masing agar kelihatan kemas .Ada diantara kami yang sudah memegang kamera dan beraksi di depan cermin sambil membuat duck face dan pelbagai lagi memek muka yang dia buat.Aku tersenyum melihat gelagat adik aku yang seorang ni ;suka bergaya,suka bergambar,boyfriend merata,bila dikata boyfriendnya merata,dia marah tak tentu hala.

Sementara menunggu mereka bersiap,aku ke bilik mengejutkan abah yang masih tidur berdengkur ,"Abah,bangun...pergi sembahyang raya",abah agak liat untuk bangun.Jika dikejutkan,mesti dikatanya,"lagi 5 minit...",tetapi lima minit abah itu seakan lima jam lagi.Itulah abah yang kami kenal.Abah tak pergi sembahyang raya pagi itu kerana lewat bangun.Apabila bangun dari tidur,katanya kami tak kejutkan dia.Walhal dah banyak tangan menggerakkan abah tetapi abah masih mahu tidur.Setelah membebel,abah bergerak menyiapkan diri.Raya kali ini,pakaian raya abah agak berbeza dari sebelumnya.Abah mengenakan baju T-shirt kotak-kotak coklat seingat aku pada badannya.Kami adik beradik ketawa melihat baju raya baru abah kerana sebelum-sebelum ini abah akan memakai beju melayu pabila raya.

Kami adik beradik mula memenuhi ruang depan memasuki pintu rumah.Masing-masing mengambil tempat masing-masing untuk bergambar.Abah jadi tukang tangkap gambar.Mama pula tersenyum sahaja melihat telatah kami sekeluarga.Aku tahu mama pura-pura gembira tetapi aku tidak persoalkan reaksi mama masa itu.Kami mula bergambar,






Ada gambar yang ditangkap dirumah nenek dan ada gambar yang ditangkap di rumah sendiri.Selesai kami bergambar di rumah sendiri,kami terus bergerak ke rumah nenek.Setibanya di sana,kami bersalam-salaman dengan pakcik makcik kami yang tak lama lepastu,mereka bergegas keluar daripada rumah nenek kerana ingin beraya ke rumah saudara-mara mereka yang lain.Kami teruskan dengan bersalaman dengan nenek dan atok .Adik beradik mulai beratur memangjang mengikut urutan " siapa lahir dulu  ".Selepas selesai bersalaman,kami duduk agak lama juga di rumah nenek sambil mengisi perut yang tadinya kosong dari rumah sendiri.

Setelah badan penat duduk di rumah nenek,abah mula bergerak untuk balik ke Rawang.Seterusnya hari raya kedua,ketiga,keempat,kelima,keenam kami adik beradik duduk dekat rumah sambil menunggu sahabat handai pulang dari kampung halaman mereka masing-masing untuk beraya bersama :)

Orang dah lama post pasal raya pertama,aku baru menge-post pasal raya pertama.Wuuuuuuu,tak mengapalah .Kbye ;)




No comments:

Post a Comment

Tinggalkan pesanan anda disini.Segala komen saya hargai :)