Monday 9 December 2013

Biar aku bercerita seketika.

 Satu yang pergi tu takkan pernah sama dengan seribu yang datang.




 Aku taktahu nak ucap macam mana. Sebab aku tak duduk di situasi kau. Kita semua punya masalah. Tetapi yang membezakan kita adalah cara kita menangani masalah itu dan kita juga punya masalah yang berbeza.

     Kehadapan engkau wahai sahabat,

 Aku harap kau tabah.Aku harap kau sabar.Mungkin aku tak pernah faham perasaan engkau kerana aku tak pernah duduk dalam situasi engkau.Tapi sebagai seorang yang bergelar sahabat,katakan saja apa yang perlu aku perkata untuk lihat kau gagahkan diri,bangun lalu tersenyum. Lupakan semua yang terjadi kelmarin. Aku tahu semua itu payah buat engkau.

 Aku taktahu nak ucapkan pakai cara apa. Harini, sepuluh hari bulan dua belas , genap setahun hubungan engkau dengan arwah. Ya,arwah Nami. Masa tadi aku texting kau , aku tanya kau tengah buat apa.Kau kata,kau tengah lihat langit . " Kenapa kau lihat langit ? Kau seorang diri ? Bukan kah sudah malam ? " ,soal aku. " Nami kata , kalau aku rindukan dia , aku perlu dongak ke langit  " , jawab dia (girlfriend arwah ) .Waktu aku baca mesej kau,aku rasa sebak sangat. Aku terfikir,mungkin kah aku akan sekuat kau kalau situasi yang sama terjadi pada aku ?

  Aku tahu kau kuat. Kau seorang kawan perempuan aku yang kuat. Walaupun pada mula nya kau lemah selemah nya bila dapat tahu kepergian arwah. Siapa saja yang tidak akan mengalirkan air mata jika orang yang mereka sayang pergi meninggalkan mereka ? Masa itu, orang yang punya ego tinggi pun mungkin akan sujud menangis . Ini kan pula engkau ,seorang wanita yang pastinya tidak mempunyai ego yang setinggi aku maksud kan.

  Aku cuma ucapkan , " Happy Anniversary. Saya tahu awak kuat. Saya selalu doakan awak kuat.Moga awak dapat pengganti yang lebih baik dari arwah. Saya tahu kita berkenalan melalui arwah. Tetapi saya harap , perkenalan kita bukan setakat ini sahaja. "

  Lepas tu dia balas, " Terima kasih awak. Saya doakan awak sentiasa sihat."

  Petang tadi , dia ada kata yang dia nak jumpa aku . Dia ada tanya samada aku sudah punya lesen motor atau tidak. Lesen motor ? Oh,memang takkan pernah ada seumur hidup aku rasanya. Dia duduk negeri sembilan.Aku duduk selangor. Memang kami berjiran negeri. Tetapi bagi umur macam kami yang baru nak masuk tujuh belas tahun ni , mesti lah mak ayah kami tak bagi lampu hijau untuk kami drive jauh-jauh . Jadi,aku dengan dia buat keputusan untuk berjumpa bila aku balik kampung sahaja nanti. Kampung aku dekat Jasin,Melaka (sebelah abah) .

  Jadi memandangkan kampung aku di sana, ada juga lah peluang untuk berjumpa dengan dia. Memandangkan dia juga punya saudara yang tinggal berdekatan dengan kampung aku. In Sha Allah , kita akan jumpa suatu hari nanti. Dia kata , dia excited sangat nak jumpa dengan aku. Dia kata lagi , kalau kami jumpa nanti,dia nak bercerita macam-macam. Ayat dia yang paling menyentuh hati aku , bila dia kata , ada cerita sedih yang nak dia ceritakan.

  Lastly, happy anniversary.Aku tahu kau excited nak sambut walaupun kau keseorangan sekarang ini dan tahniah kau sudah ada pengganti. Kau kata,pengganti itu persis arwah. Aku harap , pengganti itu tak buat kau kecewa :)

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan pesanan anda disini.Segala komen saya hargai :)