Monday 15 September 2014

People and Me



Aku sudah capai umur tujuh belas pada dua september yang lepas. Jadi apa yang ada dalam fikiran kamu bila aku kata macamtu ? Kau rasa , aku suka pada umur tujuh belas , atau sebaliknya ?
Ya aku sayang hidup aku yang seberapa nak mewah dan tersangatlah miskin.
Bersyukur.

Aku sayang umur aku yang tujuh belas sekarang ini,
Ada orang yang teringin nak habiskan spm dan terus bekerja tapi malang tak berbau, ajal menjemputnya dulu.
Jadi aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas pada umur tujuh belas.

Aku dan manusia tak berapa nak ngam.
Sejujurnya.
Entah mengapa aku tak pasti.
Mungkin perangai-perangai manusia yang membuatkan aku rimas cepat.

Bercakap tentang manusia, aku jumpa bermacam jenis manusia. Ada yang tak reti nak hargai bila ada depan mata tapi bila orang tu dah tak ada, dia menangis depan kubur. Ada yang sombong tak bertempat . Ada yang sosial tak kena gaya. Ada yang kuat terasa . Ada yang jenis dia aje yang betul. Kau rasa aku ni macam mana orangnya ? 

Aku jenis sombong bertempat, sosial tak reti, hargai tak pandai,kuat terasa,benda kecik nak besar-besarkan,susah nak lupa apa yang orang buat pada aku, Aku ni jenis tak reti berkawan. Aku suka duduk setempat, perhatikan orang sekeliling dan kadang kala aku ketawa seorang diri melihat mereka yang bermacam perangai. 

Jenis macam aku yang cerewet ni susah nak hidup kalau campak dalam hutan atau tengah laut. Sebab apa, sebab memilih. Aku dalam proses untuk berubah menjadi yang baik. 

Cerita pasal hidup aku, aku ada kawan yang makan kawan, kawan yang tikam belakang, kawan yang lidahnya tajam lebih dari mata pisau,kawan yang lupakan kawan bagai kacang lupakan kulit, dan ada juga kawan yang terlalu menghargai kawan. Ha, kalau dapat kawan yang terlalu menghargai kawan, aku rasa beruntung sangat. Tapi kalau dapat kawan yang asyik nak mengekor kau dari belakang even nak pergi ke tandas pun sibuk mengikut kau, apa kau rasa ? Nak diberi kaki, kawan katanya. Aku naik menyampah,meluat,rimas kalau ada kawan yang macam ni. 

Seterusnya aku ada buah hati yang reti menghargai .
Alhamdulillah.
Aku ada mama abah yang menjaga aku bagai menatang minyak yang penuh.
Alhamdulillah.
Aku juga punya adik-beradik yang sporting gila habis.
Syukur.
Aku ada kawan baik yang tersangat memahami aku,
Syukur alhamdulillah.






No comments:

Post a Comment

Tinggalkan pesanan anda disini.Segala komen saya hargai :)