Thursday 30 October 2014

Cuba gagah.

Terbaring penat sambil mendengar lagu Am I Wrong. Adakah kalian tahu bahawa org yg berkerja menggunakan akal itu jauh lebih penat berbanding org yg mengerah tenaga 4 kerat tulang ? Kajian mengatakan ianya adalah benar. Agak stress sebenarnya apabila kau tak suka menghadap buku tetapi kau kena hadap buku demi masa depan,katanya.

Jenis aku, aku cepat bosan. Dalam erti kata lain, cepat fade up bila buat sesuatu yg sama berulang-ulang kali tambahan lagi yang aku tak minat ,seperti contoh menghadap buku. Tapi bila difikirkan balik, aku cuma jadi kuat bila mana aku terbayangkan tiga hari bulan tiga nama aku dipanggil untuk mengambil keputusan dan keputusan yg aku dapat adalah gempak. sudah tentu mama akan mengalirkan air mata sambil duduk di kerusi roda. Tidakkah kau sebak jika kau duduk di tempat aku ketika itu ? melihat ibumu mengalirkan air mata dan yang paling menyedihkan apabila dia tidak mampu untuk bangun berdiri berjalan ke pentas memelukmu sebaik shj namamu diumumkan. sebaliknya kamu yg turun dan peluk ibumu dgn tangisan paling bahagia di dunia .

Aku mahu itu. Moga jadi kenyataan, inshaAllah. Aku cuba gagahkan hati bila mana aku fade up menelaah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan pesanan anda disini.Segala komen saya hargai :)