Sunday 16 December 2012

Cerita panjang:Dulu vs Sekarang.


Maaf.Gambar menimbun.Serabut.Tak kemas.

Dulu lain,sekarang lain..

Dulu,apa saja yang aku pinta,pasti abah tunaikan.Minta saja mainan kereta atau apa saja,aku pasti dapat.Ini sebahagian daripada sejarah hidup aku.Sejarah sama dengan kenangan.Tak boleh dilupakan selagi tidak koma.InsyaAllah..

Bila naik kereta,aku paling suka dongak ke atas.Lihat kepulan-kepulan awan yang sekarang sudah dicemar dengan bahan kotor kilang .Aku paling suka lihat awan yang mendung.Agak-agak mahu turun hujan.Dulu,setiap kali hujan renyai,aku pasti mandi pakai baju diluar rumah dengan menggunakan air paip.Konon bagai air hujan.Setelah mama pancutkan air paip keatas aku,aku nikmati mandi aku sepuas mungkin.

"Kau akan lihat pelangi setelah kau pancutkan air ke atas",kata mama.

Buktinya,aku nampak pelangi.Kalau tak percaya,cuba buat sekali.Dulu aku comel.Pergi mana-mana mesti ada yang cubit pipi gebu aku.Geram.Banyak isi aku di pipi,mungkin.Dulu aku bebas.Bebas dari dijajah peperiksaan.Bebas dari sekolah.Bebas dari buat kerja rumah.Bebas dari memerah otak.Ah,dipendekkan,segalanya aku bebas!

Makin lama aku hidup,aku makin senior.Makin ringan beg sekolah,makin berat beban tanggungjawab,makin besar kepala dengan yang lebih tua.Makin mencabar hidup,makin cepat putus asa.Hidup aku berubah.Tak macam dulu.Dulu abah hantar ke sekolah.Kini,sendiri fikir jalan kaki naik bas.

Sebelum matang,muka masih suci.Macam tiada dosa walau sekecil semut.Bila meningkat tua,muka berminyak,naik hitam,macam-macam tak kena.Semua serba salah!Banyak parasit naik atas badan!Parasit = jerawat.Ini baru remaja.Belum naik ke dewasa lagi.

Ada banyak benda perlu kita fikir bila kita sudah matang.Walau seminit,tak lepas dari berfikir.Otak terus memainkan peranan.Memikir dan terus memikir.Dulu masa kecil,aku sering dimarahi,dipukul dengan rotan atau disebat dengan penyangkut baju atau dengan tali pinggang.Sekarang,sekali degil,mereka mampu menggelengkan kepala saja.Barangkali,kepenatan mahu memarahi mungkin.

Ah,abaikan!Dulu aku selalu main kawin-kawin dengan jiran atau adik beradik aku.Eh,bukan main kahwin-kahwin.Main pondok-pondok.Ya,dekat rumah aku ada satu pondok buatan sendiri.Pondoknya sudah diruntuhkan.Sudah usang,sudah uzur,sudah bersarang lelabah.Lebih baik runtuhkan saja daripada ia runtuh sendiri.

Sekarang aku dah tak boleh main pondok-pondok.Sebab sekarang masing-masing sudah dewasa.Tunggu kawin realiti sajalah nanti.Aku lihat,masing-masing pun sudah ada calon.Jadi,malulah kalau nak main kahwin tipu-tipu masa sudah besar macam ni.Dulu kami adik beradik selalu main masak-masak.

"Sekarang,nah!ambil periuk belangan ni,masaklah kamu betul-betul."Kata mama lagi.

Itulah aku kata..dulu lain,sekarang lain.

Makin meningkat,makin banyak syarat untuk hidup!
Makin meningkat,makin berubah perangai!
Dari mengada berubah gedik!

Dulu kita bayi → kanak-kanak→remaja→dewasa→orang tua→tak lama lagi dah hidup...



P/s:Gua tengah layan cerita finn and jack *favourite adik gua*Tengah fikir juga kemana hala tuju selepas keluar result PMR nanti.doakan gua =D

Salam sayang,
Najwa Samlan.