Wednesday 19 December 2012

Hasil usaha.



"Tuhan,jika ini yang terbaik buatku,aku terima.Terima kasih Tuhan kerana sudah kurniakan aku kepuasan mengikut kehendak aku."

 Bangun pagi pukul lapan.Jangka,ingin bangun lewat pukul sepuluh.Apakan daya,otak menerewang tak tenteram.Badan terus bangun bergerak ke ruang tamu.Cari laptop.Buka facebook dan twitter.Ramai yang update pasal harini.Membuatkan aku makin hilang kawalan.

Terus aku tutup semua yang tadi aku buka.Aku bangun masuk kebilik mencari tuala lalu segera menyegarkan badan.Setelah selesai,aku bergegas pakai baju sukan sekolah dengan seluar track belang hitam merah digandingkan dengan tudung sarung warna hitam.Kaki tak henti kehulu-kehilir.Reaksi aku semacam harini adalah penghujung hidup saja.Aku cuba tenangkan diri.Mama memanggil.

"Apa saja keputusan kakak,mama terima.Ingat,jangan bangga dengan keputusan yang kakak dapat.Mama minta maaf sebab tak dapat datang ke sekolah kakak."

Tatkala itu,mula menitik air mata aku.Tapi masih dapat dikawal lagi.Sebaik saja abah sampai depan rumah aku,abah menghatar isyarat bunyi hon kereta menandakan dia sudah ada depan rumah.Aku segera kedalam kereta bersama dua orang adik bawah setahun aku.

Bila kau berada di ruang yang sesak dengan manusia spesis macam kau,kau akan rasa bagaimana perasaan mereka ketika itu.Setibanya aku di kantin sekolah,hati aku masih berdengup laju.Macam lajunya orang berlari dek kerana dikejar anjing.

Akhir sekali,aku dapat keputusan.Keputusan yang setaraf dengan usaha dan doaku.Keputusan yang InsyaAllah tak buat aku bangga dan bongkak lalu tersungkur jatuh kebawah.Pabila sudah tersungkur,ingatlah,sungguh payah mahu naik ke atas semula.

Straight to the point,aku dapat 6A 1B. B itu bahasa melayu dan geografi.Aku lemah bab peta.Sungguh!Bab Bahasa melayu,no komen.Tiada apa yang boleh aku perkatakan.Hanya terima dengan lapang dada serta tenang hati.

Aku keluar dari ruang dewan,sambil jejari laju menekan angka pada keypad telefon skrin sentuh,tuttttt tutttttttt.... "Helo.Mama,akak dapat 6A 2B!",kataku dengan nada gembira.Mama aku turut gembira tak terkata.Walaupun aku dapat 6A.itu sudah cukup buat beliau bahagia.Alhamdulillah,segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan segala kegembiraan kepada hambanya =D


 P/s : Yang B : Bahasa Melayu dan Geografi.Ada berita gembira.Tahun depan gua tak pindah Fullstop

Salam sayang,
Najwa Samlan.