Thursday 20 December 2012

Rutin harian berubah.


Cara aku layan harini serupa tiada lagi dugaan dalam hidup aku.Selepas semalam,hidup bertambah pulih bahagia.Alhamdulillah.Nikmat Tuhan kurnia.Selepas semalam,tiada lagi aku perhati pada buku-buku sekolah.Dalam hati,"Ah,buat apa aku pandang,sekolah lama lagi mahu buka.Sekarang holiday! "

Rutin aku sudah bertukar.Rutin lama aku buang jauh.Taknak lagi aku amalkan!Sekarang aku lebihkan masa pada online fb.Kalau dilihat,dua puluh empat jam aku on facebook.Tak bermakna aku full time duduk depan facebook.Itu bukan manusia namanya kalau tiada masa rehat.Itu sampah namanya kalau duduk depan sosial network tanpa tunaikan yang wajib dan harus dalam kehidup seharian.

Melayan yang tersayang,itu suatu kewajipan harian buat kita yang sedang hangit berkasih-sayang.Tolong jangan cakap geli sebelum aku hempok kalian laju-laju.Laju-laju?Itu ayat zaman kini.Well,dunia dah moden.Jadi,manusia juga turut modenkan bahasa mereka.Contohnya ayat terkini," sayang awak ketat-ketat."
Nampak tak perkataan yang sama sekali salah disisi hukum tatabahasa melayu?Jika perkataan begini sampai ke telinga atau mata cikgu,boleh dianggap kita ni perosak bahasa negara sendiri.Eh,sedap pula aku tukar topik. lalalalalalalalala~ *mata keatas sambil berjalan dengan selamber badak*

Itu saja buat aku topupkan jumlah post blog .Maaf.Tiada cerita panas lagi sensasi  untuk harini.Pendek ayat,tiada cerita yang tajuknya sedap mata membaca.

Oh,ya.Sebelum aku keluar dari tab blog ni,ada satu cerita yang tak seberapa nak gempak.Semalam aku jumpa ular.Eh,taklah sebesar legan sendiri,hanya sebesar jari saja.Barangkali,itu anak ular.Ceritanya agak memalukan aku.Jadi,tak usahlah aku buka aib sendiri.Hanya ingin bagitahu bahawa semalam aku terserempak dengan anak ular jadian dalam bilik air.Jijik,bukan?kenapa mesti tempatnya di bilik air juga?Mahu saja aku tendang ular tu masuk gol malaysia! woah!cara aku cakap macam penyepak terhandal bola sepak malaysia pula.Walhal,kaki bangku. Ahaks,ahaks,ahaks *cara terbaru gelak serupa batuk*

Akhir kata,abaikan mereng aku.Aku kata,abaikan!Aku terpaksa keluar.Aku tak sihat.Perlukan rehat.Tak mahu jumpa dokter.Takut keputusan dokter tentang sakit yang seringkali aku alami.Aku kata jangan paksa aku jumpa dokter!Aku taksuka.Takut aku bikin aku benci dengan yang digelar dokter.Cita-cita aku juga bukan untuk menjadi seorang dokter kerana takut pada darah orang lain atau geli tengok organ dalaman ,mungkin.Itu saja.

Salam sayang
Najwa Samlan.