Tuesday 25 December 2012

Im going to be an architect :)

This is real me.Look at my face.full of parasite.shit!

Selamat petang,penduduk bumi yang bertuah.

Sedang aku meniarap,kepala tak henti menoleh ke kiri dan kekanan dan fokuskan pada apa yang aku mahu taip disini semula.Isi rumah aku kosong.Hanya ada aku dan mama.Mama pejamkan mata.Barangkali dia mengantuk.Aku biarkan saja.Sambil aku mainkan radio Hitz fm,sambil aku lajukan jejari menaip.Aku tak rasa bingitnya radio yang aku mainkan ini akan mengganggu masa rehat mama.

Semalam tengah aku baring atas katil dalam kelambu buatan sendiri,sambil silangkan kaki kiri ke atas kaki kanan,aku terfikir masa depan aku.Cita-cita?Hobi? Untuk pengetahuan,cita-cita aku sering berubah.Tidak tetap macam lalang yang sentiasa  ikut arah angin.Jadi,kali ini aku tekad mahu jadi arkitek.In-sha-Allah.Jika tiada yang menghalang .

Eh,hati aku sunyi.Fon tak berbunyi.Aku menunggu kepulangan keluarga tersayang dengan penuh keletihan didepan pagar besar rumah.Oh,ayah dan adik-adik,mohon pulang segera.Kakak bosan tinggal dirumah seorang diri.Tiada suara latar yang menyakitkan hati.Hanya ada suara yang datangnya daripada radio.Inilah yang dinamakan manusia tak guna !Bila orang memekak,kau marah dia.Sekarang,sudah tiada siapa,baru kau merayu moga Tuhan gerakkan hati mereka mohon pulang ke rumah dengan segera? Sungguh bertuah hidup sebagai manusia dimuka dunia !

Aku doakan mereka selamat dalam perjalanan pulang .Amin.Eh,aku cakap serupa mereka mahu pergi ke hujung semenanjung untuk beberapa hari pula ! Walhal, mereka hanya pergi ke Selayang yang hanya beberapa kilometer saja dari Rawang untuk mencari kasut  sekolah angah.Hah,itulah angah ! Masa beli,tak reti-reti mahu komen ikut kepuasan samada kasut itu longgar atau terlebih saiz.Inilah padahnya !Aku yang kena tinggal dirumah seorang diri. *dalam hati* "Takpe,angah.Nanti balik,aku buli kau puas-puas."

Aduh,perut aku sudah berbunyi.Mana taknya,dari pagi tidak sarapan.Terpaksa tutup,mahu makan :)

Salam sayang,
Najwa samlan.