Tuesday 25 December 2012

Mohon kehidupan macam spongebob seluar kotak.


Awak,kebahagiaan saya sekarang hilang.Awak ada tak jumpa kebahagiaan saya tu?Kalau awak terjumpa,mohon pulangkan pada saya semula boleh?terima kasih.Awak,nampak tak hidup si spongebob kuning tu macam mana?Hidup dia bahagia.Di sisi dia tiada ibu bapa.Yang hanya menjadi penyeri hidup dia cuma kawan-kawan sahaja.Moga Tuhan pinjamkan kebahagiaan seperti hidup spongebob kuning ini kepada saya.Amin..

Awak,ramai yang tanya saya,"Eh,kau minta hadiah apa sempena keputusan kau?" Sedih.Hiba.Jangan tanya begitu lagi boleh?Tiada apa yang aku pinta melainkan kebahagiaan.Cuma kebahagiaan yang kekal saja aku minta.Sedikit ketenangan jiwa moga hari-hari aku lebih bermakna seperti hari sebelumnya.Amin..

Eh,awak ada dengar tak telefon saya berbunyi menanadakan pesanan masuk? *sedih* tiada siapa mahu menemani hari-hari saya,kini.Yang tercinta tak ada topup.Tak mengapa.Saya faham.Takkan dua puluh empat jam awak akan sentiasa ada buat saya .Yang penting,bila saya sunyi awak ada buat saya gembira.Bila saya sedih,awak ada jadi pendengar setia luahan saya.Bila saya ada masalah,awak ada jadi penyelasai masalah buat saya.Tak mengapa,saya faham.Mungkin sekarang awak sedang lena tidur berlapikkan tilam dan berbantal tebal di kepala kan? Moga tidur awak lena.Saya disini rindukan awak *senyum malu*

Saya tahu,Tuhan pinjamkan kesedihan buat saya hanya untuk seketika.Mungkin Tuhan mahu lihat sejauh mana saya mengingati dia.Sekuat mana iman saya.Sekuat mana saya boleh tempuhi semuanya.Setabah mana saya mampu heret beban yang berat ini kehulu-kehilir.Moga ada kebaikan disebalik semua kejadian ini.Amin..

Hampir pukul dua.Wahai mata,sudah mengantuk atau belum?Mata menggeleng.Sebagai tanda masih mahu didodoikan bantal.Saya ada berita yang tak berapa sedap telinga sendiri mendengar.Esok pagi,Angah nak ke Port Dikson.Katanya ada hari keluarga kawan dia.Dia kesana tiga hari dua malam.

Angah,tahu tak nanti aku rindukan kau.Aku rindu nak berborak dengan kau.Tadi aku cuba tahan air mata dari jatuh ke pipi.Aku bukan apa.Sebagai manusia,memang aku mengaku aku cemburu kau dapat ikut kawan kau ke Port Dikson sementara aku dan adik yang lain harus duduk rumah jaga mama.Tapi tak mengapa.Aku kuat,angah.Aku percaya semua yang terjadi ada kebaikan.Moga perjalanan kau dilindungi Allah.Amin..

Aku ,mama dan adik-adik akan doakan keselamatan kau,Angah.Nampak tak aku kuat?Sekarang aku mampu tersenyum lagi.Aku tahu aku kuat.Nampaknya esok aku perlu masak dengan kakcik jelah.Aku sedih.Selalunya kau yang tolong aku masak sambal.Tapi tak mengapa.Macam aku kata tadi,semuanya ada hikmah.Eh,mama aku minta aku tidur.Sebelum tu,aku nak pegang satu kata-kata supaya aku dapat bahagia macam spongebob kuning tu. 

Happiness is when what you think, what you say, and what you do are in harmony- Mahatma Gandhi 

Salam sayang,
Najwa Samlan