Wednesday 12 December 2012

Kehadapan bekas -bekas buah hati.



Hai,dunia!Janggal.Hamba menaip sewaktu jam begini.Jarum pendek pada nombor sembilan.Jarum panjang pada nombor lapan.Ye,sembilan empat puluh!Hamba duduk seorang diri dalam bilik.Maklumlah harini hari jadi adinda hamba.Privasi hamba dapat.Bilik hamba bersepah macam reban ayam.Tak,lebih teruk dari itu.Barangkali.

Dalam taktahu mahu buat apa,otak hamba melayang jauh.Teringat kenangan silam bersama bekas -bekas buah hati.Masing-masing ada reka kenangan tersendiri.Hamba susunkan lajur nama mereka.Lajur ialah dari atas ke bawah ye kalian.Satu persatu nama bekas buah hati hamba singgah di fikiran hamba.Satu persatu juga muka mereka berada dalam hati hamba.Nama dan detail mereka takkan pernah pupus dalam diri hamba.InsyaAllah.

Titik panggil hamba!Rasa diri ini terlalu over pula.

Wahai bekas-bekas buah hati,
saya disini tak pernah lupakan awak semua.Harap awak bahagia dengan dunia yang awak punya sekarang.Awak-awak semua pernah buka hati saya guna kunci yang awak minta dari saya.Lepas itu,awak-awak pulangkan semula kunci hati saya pabila awak-awak merasakan bahawa saya tidak diperlukan lagi dalam hidup awak-awak semua.Tak mengapa.Tiada dendam yang saya genggam.Hanya senyuman yang mampu terukir dibibir.Semoga ikatan persahabatan kita takkan pernah ada nokhtah nya.Amin..

Banyak kenangan manis macam gula-gula dan pahit seperti peria ,yang telah kita lalui.Tiada apa yang perlu aku perkatakan.Jika sudah tertulis jodoh salah satu daripada kalian buat aku,aku terima.

"Ya Allah,berikan aku jodoh yang dapat membimbingku ke arahmu.Lorongkan aku kepada jodohku."

Awak-awak semua,saya tak pernah membenci awak-awak semua.Kerana suatu ketika dahulu,awak-awak pernah hadirkan pelangi dalam hidup saya.Warnakan hari-hari saya.Walaupun pelangi yang awak bawa,telah hilang dari mata saya kini,saya tetap ceria.Dalam doa harian,saya hanya mampu sebutkan nama-nama awak semua yang pernah singgah dalam hati saya.Supaya Tuhan sentiasa melindungi dan panjangkan umur kalian semua.Amin..

InsyaAllah,selagi Tuhan kuatkan memori akal saya,selagi saya mampu berfikir,saya akan simpan kenangan kita.Kotak besar yang dibawah katil berisi diari harian saya sudah penuh.Barangkali,saya perlu tambahkan kotak yang lagi besar dari kotak sebelumnya untuk simpan semua kenangan kita lagi.Kan awak?

Akhir kata,saya takkan pernah lupakan awak-awak semua selagi saya tidak Koma.Nauzubillah..

P/s:Gambar gua dekat sekolah.Pakai baju biasa.Ingat nak pergi beli buku.Tapi sorang cikgu pun tak ada.Gua keluar dengan family gua semalam.Jalan-jalan dekat selayang dari tiga petang hingga tujuh malam.Wow,takdelah lama mana..Gua dah setel beli baju,kasut,tudung,kain,pensel box,beg sekolah .Tinggal buku tulis saja.Gua harap result gua tak teruk.Keluar result,InsyaAllah gua bagitau dunia betapa gempaknya result gua.Doakan gua ya.

Sekian.Wassalam.

Najwa Samlan.