Sunday 9 December 2012

Sambungan post lepas.

"Hai Neptunus,apa khabar kamu di laut biru?Perahu kertas yang kali ini akan membawakanmu kisah tentang perjalanan hatiku.."-Perahu Kertas.
  

 Aku duduk sopan habis dalam bilik atas katil.Sambil duduk,sambil termenung jauh buat seketika.Mungkin jauh tertembus dinding bilik.Dalam aku termenung,aku tersenyum.Lalu aku rebahkan badan mendongak ke atap rumah.Aku masih  termenung.Keluar awan berkepul-kepul seperti kisah kartun yang sering aku tonton di kaca televisyen tatkala kartun-kartun itu sedang memikir.

Aku tersenyum lebar.Adik aku menyapa,"kau dah gila ke senyum sorang-sorang?"

"Tak,aku masih waras.Ada cerita gembira yang aku nak bagitahu."Jawabku sambil tersenyum.

Ada cerita gembira yang harus aku khabarkan pada dunia.Biar saja dunia tertawa riang melihat gaya aku bercerita kisah hati aku.Sila buka telinga kalian selebar bahu jika mampu.Supaya fokus kalian tidak terlari.

"Wahai dunia,aku gembira.Gembira dapat bercakap dengan anak buah dia.Ya,dia yang aku maksudkan adalah buah hati aku.Dunia,warna pelangi yang hilang satu itu,telah aku temui.Rasanya sudah lengkap tujuh warna.Ya,pelangi aku lengkap semula.Kini,aku gembira.Dunia,rasanya amat bahagia tatkala pelangi ini menemani hari-hari aku.Pelangi yang sering membawa tuah dalam hidup aku.Mungkin.Pelangi ini juga yang telah mewarnai hidup aku.Dunia,hidup aku kini berwarna-warni.Seperti sedia kala.Aku harap,pelangi yang ketujuh takkan hempaskan sekali lagi harapan aku jika ada."

Yoyo Hairuddin,awak adalah pelangi saya yang ketujuh.Terima kasih kerana sudi melengkapkan warna pelangi saya.Saya harap,awak faham maksud dalam saya.Jangan hampakan saya sekali lagi.Saya mohon.Jaga hubungan kita.Moga Tuhan satukan kita.Tak,bukan satukan dalam mimpi kerana saya bukan mahu berfantasi,saya mahu ianya realiti.Terima kasih sudi hadir dalam hidup saya.Ikhlas,Najwa Samlan.

P/s:Semalam gua tengok cerita Perahu Kertas.Ceritanya bagus.Dua momen lengkap.Ada gembira dan sedih.Bagi sesiapa yang minat pada seni lukis,silalah tonton cerita tersebut.Lukisan dalam cerita tersebut mungkin mampu mencairkan hati kalian =)