Sunday 30 December 2012

Tiga hari lagi untuk kembali ke sekolah.

Gambar dua tahun lepas yang tiada motifnya :) *peace*

Sekolah dah nak buka.Baju masih tersangkut tidak bergosok.Kasut putih bertali masih bersih terletak dalam kotak.Masih tidak mahu lepaskan tahun dua ribu dua belas.Dua ribu dua belas tersimpan banyak kenangan.Manis dan pahit,dua-dua aku telan.Sepayah mana,se-cover mana aku bila malu,yang pasti semuanya telah berlalu.Yang penting,buat aku sekarang,aku mesti utamakan pelajaran.Ya,tahun dua ribu tiga belas adalah tahun dimana aku rasa aku dapat sedikit kebebasan.Jauh dari tekanan seperti mahu menghadapi PMR yang lepas.

Kepada kawan-kawan,pastinya kalian turut merasakan debaran yang sama seperti apa yang aku rasa sekarang.Kadangkala,ketika duduk berseorangan ,akal mesti melayang.Sejak sekolah mahu buka,seringkali aku terfikir jauh tentang sekolah.Bermacam situasi yang bermain dalam akal.Semoga semua situasi yang bakal aku lalui pada tahun hadapan dipermudahkan.Amin..

Kalau aku diberi pilihan,aku pasti memilih moga Tuhan lenyapkan kesedihan,keperitan dan kepayahan yang aku tanggung sekarang atau bakal aku tanggung di masa akan datang nanti.Aku juga bakal minta moga Tuhan berikan aku kebahagiaan .Tapi semuanya hanya angan-angan.Tiada pilihan yang sebegitu rupa Tuhan berikan kepada kita.Jadi,walau apa pun yang terjadi,hidup mesti diteruskan.Toleh kebelakang sebagai isyarat mahu ambil pengajaran saja dari perkara yang sudah.Perjalanan hidup tiada penghujungkan melainkan ajal datang menjemput.Disitu baru ada titik nokhtah nya.

Setiap kali kita bertukar tahun,pasti wajib kita dengar azam baru segelintir manusia.Bagi makhluk seperti aku,tahun baru ini aku bertekad mahu menjaga alat tulis aku .Taknak satu pun hilang.InsyaAllah,aku pasti boleh menjaganya.Aku cuma mahu mencabar diri.amada boleh atau tidak menjaga alat sendiri.

Banyak persoalan yang berlegar di ruang minda."Siapa yang satu kelas dengan aku?Cikgu aku garang ke tak ya,agak-agaknya?Minta-minta ada diantara kawan aku yang akan stay sekelas dengan aku.Aliran apa yang mahu aku ambil?Aku tak minat aliran sains.Tapi mahu ambil matematik tambahan,takut tak terbawa."

Hurm..agaknya aku dapat apa?Matikan persoalan disini.


P/s:Nanti gua bakal jawab segala persoalan gua sendiri.31 december 2012 hingga 2 januari 2013,nampaknya gua tak boleh bergayut satu jam dengan buah hati gua.Kerana sistem tu tergendala buat sementara *senyum* Gua mungkin tak se-active sekarang kalau nak update blog atau online facebook atau update twitter *senyum lagi*

Salam sayang,
Najwa Samlan