Monday 18 February 2013

Memori semalam.



Semalam aku ada memori.Memori antara kami.Memori dengan lelaki yang aku belum kenal seratus peratus.Puas semalam bercakap satu jam lebih dengan dia.Banyak berangan ! Tak sangka dia kaki mengeluarkan awan-awan dari otak juga.Tapi,semalam memang enjoy habis cakap dengan dia.Dia nyanyi lagu sayang.Lepastu minta aku sambungkan lirik .Minta aku menyanyi ? Sekali dalam hidup aku tak pernah menyanyi untuk sesiapa .Dengan kekasih hati sendiri pun malu nak nyanyi,inikan pula dengan... entah siapa aku tak kenal sangat.

Terima kasih atas moment indah,bahagia tambah gembira yang kau cipta buat aku.Tepat pukul satu pagi semalam,aku berusaha lelapkan mata.Tapi otak aku bergerak aktif memikirkan satu per satu perkataan yang keluar dari mulut kau.Ah,terasa bodoh kadang-kadang bila aku tersengih semata-mata teringatkan ayat-ayat palsu kau tu.Harap-harap,ayat palsu kau tu akan menjadi doa dan seterusnya kepalsuan itu bertukar jadi realiti.Aku tak minta banyak.Cuma satu,minta Tuhan dengarkan kata-kata dia,perkenankan kata-kata dia seperti dia sedang berdoa.

Hati memang punya satu.Tapi nak bahagia kepada dua boleh?Satu bahagi dua...Takkan dapat jawapan dalam matematik.Maknanya,dalam hidup,satu hati tak boleh dibahagi kepada dua orang dalam satu masa.Ah,biar masa tentukan segalanya.Aku tak nak masa depan aku.Bukan aku buta melihat masa depan aku sendiri mahupun kabur,cuma aku ini manusia normal dan seorang Islam yang percaya pada Tuhan.Tuhan  aku hanya satu,Allah.Allah saja yang tahu apa yang bakal aku hadapi selepas ini.

"Apa beza menikah dan bertunang?Kadang-kadang aku keliru."-Ayat dia.

Aku belum lagi capai pengalaman sebegitu rupa,jadi,aku sendiri tidak tahu bagaimana mahu memberi jawapan kepada persoalan kau.

"Alah,duniakan makin maju,kau bukalah internet search dekat google.Google kan pandai."-ayat aku.

"Aku teringin nak honeymoon ke Korea tau."-ayat dia

"Alah,aku nak ke Gold Coast,Australia."-ayat aku

"Eh,tak best lah ! Korea lagi best tau."-ayat kau

"Tak,aku tak suka lah ke Korea!Nak Australia juga !"-ayat aku.

Aku diam.

Dia sambung.Nada syahdu,"Kau sweet sangat.Kau ambil berat tentang aku.Kawan-kawan aku tak ada pun yang macam kau.Kau baik.Aku takut satu hari aku akan kecewakan kau."

"Hm..maksud kau,kecewakan aku macam mana?"-aku tanya.

"Kalau satu hari nanti aku tinggalkan kau..."-ayat dia

"Kau kalau nak tinggalkan aku,inform lah aku.Guna public phone ke,tau ? "-ayat aku.

"Kalau Tuhan tarik nyawa aku ?.......Entahlah,aku takut nak tidur malamni....Takut esok tak terjaga."

Ayat dia waktu tu buat mata aku mula dipenuhi dengan air kolam.Tak,belum turun lagi air hujan ! Mula aku tenangkan dia.Aku taknak dia fikir negatif.Sebab aku nak dia sentiasa positif.Banyak moment semalam yang mungkin sukar untuk aku lupakan.Harap-harap,masa akan menyebelahi apa yang terbaik buat aku.Aku harap,kau tak hurt aku dan aku tak perlu move on dan seterusnya meet someone new sebab kau dah attached aku.

Sayang,kalau awak baca,kami hanya kawan.Abang dan adik.Itu saja.Tak lebih.Sebab saya dah ada awak.Hanya awak.Senyum ya ? Moga dia,aku dan awak bahagia dengan hidup masing-masing *senyum sebak*

P/s:Apa yang akan kau lakukan bila kau hanya punya dua minit untuk pilih samada jalan kiri atau kanan untuk kau lalu sementara depan kau,kau nampak ada satu lori balak yang besar akan melanggar kau kalau kau terlambat pilih satu antara dua walaupun lambat hanya satu saat.Itu terjadi kepada aku harini.Mungkin harini ia kenangan pahit buat aku.Esok,ia akan jadi kenangan manis yang aku akan sentiasa ingat untuk aku sentiasa celik setiap masa.

Salam sayang,
Najwa Samlan.