Tuesday 19 November 2013

Nama dia Nami.

Nazmi Zakri ; Dia seorang kawan,sahabat yang rapat dengan aku.Walaupun kami kenal hanya seketika tapi dia memberi impak yang besar dalam hidup aku.


 Aku tak tahu harus bermula dari mana.Perasaan sebak,terkilan,semua ada.Rasa macam nak menitis air mata je tatkala ni.Dua minggu yang lepas,aku tak dapat nak buka internet sebab internet buat masalah.Ada satu hari tu,aku dapat panggilan daripada mery (awek nazmi) .Bila aku angkat,aku dengar suara Mery tengah menangis.Masa tu,rasa pelik bercampur hairan.Mana tak pelik,tiba-tiba je awek dia call aku nangis-nangis.Lepastu awek dia cakap," Awak taktahu ke nazmi dah tak ada?" Aku tanya,"Mana awak tahu ni?" Mery jawab," ada orang hantar mesej kat facebook saya." Time tu,aku rasa macam nak tergelak je sebab dulu,ada sorang minah yang entah dari mana aku tak kenal,mesej facebook aku.Minah tu kata yang nazmi dah meninggal.Gua memang panik gila masa tu.Haritu juga aku tunggu Nazmi balik sekolah waktu maghrib.Aku call lepas dia balik.Alhamdulillah dia angkat.Dia kata dia takda apa-apa.It's means dia okey lah. Gua rasa macam nak maki je minah yang reka kematian palsu si nazmi ni time tu.Tapi tak termaki sebab minah tu dah deactive facebook.
Barangkali,dia kecut perut..

Oleh sebab itu lah,aku rasa macam nak tergelak bila awek dia dapat mesej macam tu.Tapi lepas awek dia matikan panggilan aku,aku try call nazmi,tak berangkat.Wechat tak berbalas.Facebook offline.Jadi aku cuba tengok wall facebook abang dia.Ha,memang betul dia dah meninggal jumaat dua minggu yang lalu.Menitis air mata aku tengok wall abang dia.Kalau tengok wall dia,ramai yang sayangkan dia.Aku bersyukur sebab Tuhan bagi aku kenal dengan dia walaupun sekejab.Memang sebelum dia meninggal,dia ada bagitahu aku yang dia ada penyakit barah hati.Aku ingatkan dia bergurau.Tapi aku mula percaya lepas dia asyik tak ke sekolah walaupun masa tu ujian besar.

Rasa terkilan sangat sebab arwah nak sangat jumpa empat-empat muka ; aku,mery,dia dan yoyo.Tapi sebelum arwah pergi,malam tu aku sempat bagitahu arwah tentang hubungan aku dengan Yoyo setelah lama aku rahsiakan dari dia.Tak sangka pula hari tu adalah hari terakhir aku mesej dengan arwah.Arwah pernah ajak aku date dekat zoo taiping.Arwah nak aku belanja dia kitkat sebab arwah penah menang dekat ,lawan dengan aku.Arwah dah kata nak jumpa lepas masing-masing (empat orang ni) habis spm.Tapi satu tahun sebelum ambil spm,arwah dah pergi.Terkilan sangat sebab tak dapat tunaikan permintaan arwah.Walau apa pun,aku dengan Mery dah rancang nak tunaikan apa yang arwah nak.Maksudnya,lepas spm,aku akan jumpa dengan Mery (awek arwah).Insyaallah kalau panjang umur.

Lepasni,dah takada dah orang yang sekepala dengan aku.
Dah tak ada dah orang yang nak temankan aku ganti puasa atau puasa sunat,
Dah tak ada dah orang yang wish selamat berbuka tepat pukul tujuh setiap kali aku berpuasa.

"Ya Allah,kau lindungilah arwah daripada seksaan kubur.Kau lindungilah dia daripada azab api nerakamu.Kau tempatkanlah arwah bersama orang-orang yang beriman.Sesungguhnya aku sangat menyayangi arwah."-Al fatihah

Perkenalan yang tak sampai setahun ni,dah buat hidup aku makin ceria.Aku ingat lagi.Dulu aku batuk,tak sihat hampir 2 minggu,arwah mengadu dekat awek arwah yang dia risau akan keadaan aku.Sehinggakan awek arwah call aku.Katanya,arwah risau melihat keadaan aku .Tambahan pula aku tak angkat panggilan arwah dan tak balas mesej daripada arwah.

Beberapa minit sebelum awek arwah call menangis-nangis,aku baru pasangan angan nak wish birthday arwah tahun depan,tepat pukul 12.Macam apa yang arwah pernah buat dekat aku.Ya allah,aku rindukan arwah :') Nama dia Nazmi.Tapi gua panggil dia Nami sebab masa gua taip nazmi,gua tertinggal z :"D

2 comments:

  1. Sedih je bace..Al fatihah untuk kawan awk..doakan dia selalu kay

    ReplyDelete
  2. Thanks awak :) Ya,In sha Allah .

    ReplyDelete

Tinggalkan pesanan anda disini.Segala komen saya hargai :)